Siapa Kami

Melur.com

Maha suci Tuhan yang telah memenuhi alam ini dengan pelbagai tumbuhan yang setiap satunya walaupun sama tapi tetap berbeza dengan yang lain. Setiap penyakit kecuali mati ada penawarnya. Kagum dengan keajaiban alam dan setiap tumbuhan di dalamnya membuatkan saya merasa perlu untuk sama-sama mencari dan berkongsi pengetahuan bersama yang lain. Daripada inilah lahirnya melur.com yang bertujuan untuk mengetengahkan lagi maklumat tentang tumbuhan herba dan kegunaannya.

 

Sebagai sebuah syarikat berdaftar objektif dan tujuan penubuhan kami ialah untuk:

1. Menjadi portal yang menyediakan maklumat dan perbincangan serta menjadi satu ruang untuk pertemuan semua pihak yang terlibat dengan herba.

2. Menyediakan benih tumbuhan herba, untuk kegunaan persendirian atau untuk pembinaan ladang pada harga yang paling kompetitif. Sila rujuk katalog kami. Katalog melur.com

3. Membina dan menyelenggara laman web yang berkaitan dengan herba.

4. Membekalkan produk herba dalam bentuk kering seperti misai kucing hempedu bumi dan lain-lain lagi. Semoga Melur.com dapat memberikan manafaat buat semua, akhir kata gunakanlah platform yang kami sediakan sebaik mungkin dan untuk kebaikan semua.

Melur.com ialah sebuah laman web persendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan atau organisasi atau e-group. Untuk maklumat lanjut sila email kepada [email protected] atau [email protected]

Salam Hormat,

Admin Melur.com

Pelbagai Variasi Pokok

Kami satu-satunya nurseri atas talian yang mempunyai lebih 500 jenis pokok di dalam katalog. Pokok-pokok kami terdiri daripada herba, pokok hiasan, pokok bunga dan pokok buah.

Harga Yang Berpatutan

Kami dapat memberikan harga yang rendah kerana kami menyemai sendiri sebahagian besar dari pokok-pokok yang dijual.

Khidmat Pelanggan

Kami memberikan khidmat bukan sahaja melalui atas talian bahkan anda boleh mengunjungi kedai-kedai nurseri kami.

Apa Kepakaran Kami?

Kami mempunyai pengetahuan dalam bidang teknik penanaman dan khasiat tumbuhan herba sebagai rawatan alternatif. DI samping itu kami juga mempunyai koleksi anak-anak benih herba untuk dijual serta membekalkan bahan mentah herba kering / basah bagi kegunaan komersial atau penyelidikan.

Misi Kami

MelurDotCom akan terus menjadi portal maklumat dan perniagaan bagi pelbagai jenis tumbuhan terutama sekali tumbuhan herba yang utama di Malaysia.

Sejarah Kami

Melur.com bermula daripada minat yang mendalam Puan Noraida Arifin dalam bidang pengetahuan tentang jenis dan khasiat herba. Pada 6hb Mei 2003, laman web www.melur.com didaftarkan.

Apa Yang Kami Boleh Bantu Anda?

Anda boleh mempelajari pengetahuan berkaitan jenis, nama dan khasiat perubatan kebanyakkan jenis tumbuhan herba. Sekiranya anda ingin membeli anak benih herba, kami ada sediakan pautan terus ke katalog dari artikel herba tersebut (sekiranya herba tersebut ada stok).

Anda boleh terus menghubungi kami dengan mengisi borang yang tersedia. Nyatakan dengan jelas jenis pokok, spesifikasi (tinggi, ukur lilit batang, dll), kuantiti diperlukan dan lokasi penerimaan.

Anda boleh terus menghubungi kami dengan mengisi borang yang tersedia. Nyatakan dengan jelas jenis herba, keadaan yang diperlukan (kisar kasar, kering/basah dll), kuantiti diperlukan dan lokasi penerimaan.

Anda boleh emel ke [email protected] atau telefon /  SMS / Whatsapp ke nombor telefon yang tertera di atas.

Apa Kata Pelanggan Kami ?

“ Pokok cantik banyak cabang berdaun segar. Akar pokok sihat. Bungkusan kemas. Sangat puas hati ”

“ Banyak jenis pokok, mudah order dan cepat sampai… TEEIMA KASIH ”

“ Website senang difahami dan penghantaran efisien ”

Alhamdulillah. Semua pokok dah selamat sampai dan semuanya adalah dalam keadaan baik. Sangat berpuas hati dengan kualiti pembungkusan.

Fast delivery from Kelantan to Johor & most importantly, all the plants I received are healthy. I am a repeat customer, happy and satisfy with the service

Agen-agen kami sedia membantu!
WeCreativez WhatsApp Support
General Inquiry
Support
Away
WeCreativez WhatsApp Support
Agen Order Whatsapp
Zarina
Away
WeCreativez WhatsApp Support
Agen Order Whatsapp
Nor
Away