Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Seorang maut, 30 cedera bas bertembung di Iran

Sinar Harian | 2022-12-31 20:17:00 | www.sinarharian.com.my

Insiden berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini. - Agensi

Insiden berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini. – Agensi

TEHERAN – Sekurang-kurangnya seorang maut dan lebih 30 cedera selepas dua bas bertembung di lapangan terbang antarabangsa Iran terletak berhampiran ibu negara Teheran, lapor media kerajaan.

“Malangnya, insiden ini menyebabkan seorang telah meninggal dunia,” kata pegawai polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini kepada stesen televisyen kerajaan.

“Lebih 30 orang cedera dalam kejadian itu,” lapor stesen penyiaran itu tanpa menyatakan warga negara mangsa terbabit dengan nahas.

Bagaimanapun, pegawai polis menyatakan bahawa 11 orang daripada mereka ‘cedera teruk’.

Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini terletak kira-kira 30 kilometer di barat ibu negara Teheran. – AFP

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!