Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Sedih rumah, barangan rosak, mangsa banjir rayu tindakan segera

| 2022-12-27 11:24:11 | www.bernama.com

TUMPAT, 26 Dis (Bernama) — Tiada apa yang diharap oleh Zauyah Deraman, 36, melainkan tindakan sewajarnya daripada kerajaan untuk segera mengatasi masalah banjir yang saban tahun melanda negeri di pantai timur terutamanya Kelantan.

Dia yang merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal, berkata tidak sanggup lagi melihat rumah dan barangan peribadinya rosak sehingga perlu dibuang setiap kali banjir melanda.

“Orang yang tak pernah kena banjir tak tahu perasaan kami yang setiap tahun jadi mangsa. Sedih apabila lihat banyak barang rosak dan setiap tahun nak kena beli barang baharu,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Ana, di sini hari ini.

Zauyah yang tinggal berdua bersama ibunya, Fatimah Yusof, 74, berkata banjir kali ini adalah paling teruk pernah dialami apabila paras air di dalam rumah mencecah hingga 0.7 meter.

Menurutnya air mula melimpah masuk ke pekarangan rumahnya pada petang Isnin lepas (19 Dis) dan naik mendadak menjelang malam menyebabkan dia segera meminta bantuan daripada rakannya untuk mengalihkan perabot ke tempat yang dirasakan selamat.

“Kami ingat sudah letak di tempat selamat, rupa-rupanya banjir kali ini lebih tinggi daripada yang berlaku bulan Mac lepas,” katanya.

Situasi tersebut memaksa dia dan ibunya berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat selama enam hari dan hanya pulang ke rumah dua hari lepas.

“Terkejut juga lihat keadaan dalam rumah yang agak huru-hara dengan perabot masih ditenggelami air. Selain itu, dinding rumah turut rosak dan lantai pula reput akibat terlalu lama terendam dalam air, tambah menyedihkan apabila melihat mesin basuh serta peti ais juga rosak,” katanya. 

Menurut Zauyah dengan keadaan dirinya yang cacat kedua-dua tangan dan kaki serta ibu yang uzur, memang mustahil untuk mereka mencuci pakaian dengan tangan.

Sehubungan itu, anak bongsu daripada tujuh adik-beradik itu mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang sudi menyumbang mesin basuh baharu kepadanya.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa syukur apabila ada pihak yang prihatin tampil membantu membersihkan rumahnya semalam.

“Jika tiada yang membantu bersihkan rumah memang kami terpaksa tidur dalam selut,” katanya sambil menjelaskan adik-beradiknya yang lain tinggal di luar Kelantan dan ada yang turut terjejas banjir.

— BERNAMA

 



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!