Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Salur segera peruntukan baiki cerun berisiko

NOOR AINON MOHAMED | 2022-12-21 16:34:00 | www.sinarharian.com.my

Mohammad Nizar menjawab soalan lisan Wong May Ing (DAP-Pantai Remis) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. - Foto Korporat SUK Perak

Mohammad Nizar menjawab soalan lisan Wong May Ing (DAP-Pantai Remis) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. – Foto Korporat SUK Perak

IPOH – Kerajaan Perak menggesa Kementerian Kerja Raya menyalurkan peruntukkan RM170 juta yang telah diluluskan untuk membaik pulih cerun berisiko di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak masih belum menerima peruntukan tersebut.

“Saya berterima kasih dengan mantan exco kerana memohon sebanyak RM170 juta berikutan laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands agak bahaya dan curam.

“Peruntukan tersebut telah diluluskan malah syarikat konsesi telah ditentukan namun mereka masih belum menerima peruntukan berkenaan bagi meneruskan kerja-kerja baik pulih,” katanya ketika menjawab soalan lisan Wong May Ing (DAP-Pantai Remis) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini pada Rabu.

Tambah beliau, pihaknya akan berusaha memastikan peruntukan tersebut segera disalurkan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan JKR Perak mengenal pasti sebanyak 239 lokasi cerun yang dikategorikan sebagai berisiko sangat tinggi di negeri ini.

Pengarahnya, Hamdan Ali berkata, selain itu sebanyak 211 lokasi dikategorikan berisiko tinggi, 642 lokasi kategori sederhana, lokasi berisiko rendah (777) dan lokasi risiko sangat rendah (1,562).

Terdapat tiga laluan yang sangat kritikal iaitu Jalan Tapah-Cameron Highlands, Jalan Baling-Gerik (Lebuhraya Timur-Barat) dan Jalan Simpang Pulai-Blue Valley.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!