Your Cart

CONTACT: (+6011) 6353 1005

FREE SHIPPING

Rugi puluhan ribu ringgit akibat serangan gajah liar

NURUL ZAILA MOHD TAHIR | 2022-11-10 17:11:00 | www.sinarharian.com.my

Pekebun menunjukkan hasil tanaman kelapa sawit mereka musnah akibat serangan gajah liar.

Pekebun menunjukkan hasil tanaman kelapa sawit mereka musnah akibat serangan gajah liar.

KEMAMAN – Kira-kira 20 pekebun kelapa sawit di Bandar Cheneh Baru, di sini berputih mata apabila mengalami kerugian mencecah puluhan ribu ringgit selepas tanaman diusahakan musnah diserang sekumpulan gajah liar.

Serangan tersebut menyebabkan hampir 700 batang pokok kelapa sawit yang bakal dituai tidak lama lagi tumbang dan musnah.

Pekebun, Ramli Jusoh, 63, berkata, kehadiran tujuh hingga lapan ekor gajah di kawasan kebun dikesan sejak awal tahun 2022 dan terbaharu berlaku pada Selasa minggu ini.

Menurutnya, pekebun-pekebun bukan sahaja buntu akibat mengalami kerugian besar tetapi tiada modal untuk melaksanakan proses tanam semula.

“Tanaman berusia empat hingga lima tahun boleh keluarkan hasil dan dituai tidak lama lagi tetapi musnah begitu sahaja.

“Memang sangat kecewa dengan keadaan sekarang tetapi kami tidak boleh buat apa-apa.

“Bukan sahaja kelapa sawit tetapi tanaman kontan lain seperti kelapa, durian dan pisang turut jadi sasaran,” katanya.

Seorang lagi pekebun, Adnan Mohamad, 65, berkata, selain terpaksa menanggung rugi, nyawa mereka juga sentiasa dalam bahaya.

“Kita bimbang kerana waktu bekerja, haiwan liar ini boleh datang pada bila-bila masa sahaja.

“Kita harap pihak berwajib peka dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu pekebun-pekebun di sini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berkaitan masalah tersebut dan tindakan lanjut akan diambil.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

Independently verified
385 reviews