Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

RM5.2 juta naik taraf PPR Kempas Permai

ZULHISHAM ISAHAK | 2023-01-03 17:03:00 | www.sinarharian.com.my

Onn Hafiz (dua dari kiri) ketika melawat PPR Kempas Permai, di Kempas, Johor Bahru yang akan dinaik taraf pada tahun ini

Onn Hafiz (dua dari kiri) ketika melawat PPR Kempas Permai, di Kempas, Johor Bahru yang akan dinaik taraf pada tahun ini

JOHOR BAHRU – Sejumlah RM5.2 juta diperuntukan kerajaan negeri tahun ini untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai bagi memberi keselesaan kepada 10,967 penduduk.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, daripada jumlah itu, RM2 juta akan digunakan untuk menaik taraf dan pembaikan menyelenggara loji rawatan kumbahan manakala RM3.2 juta lagi bagi mengecat blok D, E, F dan G.

“Pada tahun lalu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM14.089 juta di mana RM10.3 juta bagi mengganti 21 unit lif, RM3.2 juta bagi kerja mengecat blok A, B, C serta RM1.389 juta bagi penggantian semula paip.

“Semua ini tidak mungkin berjaya tanpa komitmen daripada penduduk dan komuniti di PPR ini. Saya memohon agar kita sama-sama bermuafakat dan sepakat menjaga kebersihan serta keceriaan PPR ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau yang melakukan lawatan di PPR berkenaan pada Selasa berpeluang mendengar taklimat berkenaan Pusat Belia Etiqa Cares yang merupakan inisiatif syarikat insurans bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Adab Youth Garage dalam membantu murid-murid di PPR berkenaan belajar di luar waktu persekolahan.

Onn Hafiz Ghazi (tengah) bersama kanak-kanak yang menghuni di PPR Kempas Permai, Johor Bahru, pada Selasa

Onn Hafiz Ghazi (tengah) bersama kanak-kanak yang menghuni di PPR Kempas Permai, Johor Bahru, pada Selasa

“Di kesempatan yang ada, saya turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf di bawah Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) termasuk penyewa di PPR ini, penerima bantuan dialisis serta penerima bantuan sara hidup.

“Terima kasih kepada warga PPR Kempas Permai yang sudi menerima kehadiran saya. Semoga kerja-kerja menaik taraf bangunan serta inisiatif pendidikan ini akan terus memberi kesejahteraan dan kepada penduduk setempat untuk masa akan datang,” ujar beliau.

Turut serta dalam lawatan berkenaan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor dan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!