restaurant Resepi Jul 11, 2006

Otak-Otak Sambung Nyawa

person Shared by: Ainsyaz
cooking

Ingredients

  • 1. 10 helai daun sambung nyawa yang lembut(pucuk)
  • 2. Dua Genggam daun beluntas
  • 3. Sebuku tauhu
  • 4. Setengah biji kelapa muda diparut.
  • 5. udang atau ikan bilis
  • Bahan untuk rempah
  • 1. tiga biji cili merah
  • 2. Tiga biji cili api
  • 3. Sebiji tomato
  • 4. Lima ulas bawang merah
  • 5. Empat ulas bawang putih
  • 6. Dua sudu teh ketumbar
  • 7. Seinci lengkuas
  • 8. Dua helai daun salam atau dua helai daun serai wangi atau serai makan
  • 9. Garam dan gula secukup rasa
format_list_numbered

Instructions

1

daun sambung nyawa dan daun beluntas dicelur, angkat, toskan dan hiris kasar-kasar

2

Kisar rempah dan campur dengan kelapa parut.

3

Semua bahan digaulkan bersama tauhu yang telah dipotong kecil-kecil dan udang yang telah di cincang.Tambah sedikit air

4

Bungkus dengan daun pisang seperti kita membungkus lepat pisang.Bungkus hingga habis, kita akan mendapat beberapa bungkusan.Kukus hingga masak.

5

Ia boleh dimakan bersama nasi atau dihidangkan seperti kuih peneman teh begitu sahaja. SELAMAT MENCUBA

Share this with friends and family

share Share via WhatsApp