Pengenalan
Istilah perubatan Islam sekarang amat kerap digunakan. Masalahnya tidak semua perubatan Islam itu selari dengan syariat Islam itu sendiri. Malah yang lebih buruk ialah apabila pengamal perubatan Islam palsu itu lebih menjurus ke arah perbuatan syirik. Oleh itu amat penting bagi kita untuk memahami erti sebenar Perubatan Islam agar kita tidak terlibat dengan perbuatan syirik. Diantara perkara yang boleh membawa pengamal perubatan Islam palsu & pesakit menghampiri perbuatan syirik ialah apabila mereka meminta bantuan jin. Perubatan Islam yang sebenar perlu selari dengan syariat Islam dan bersumberkan kepada sunnah Rasulullah. Selain daripada itu amalan para sahabat serta amalan para salafus shalih dari golongan salaf & kalaf juga boleh dijadikan rujukan.
Kaedah Perubatan Islam
Selain penggunaan ayat-ayat al-Quran terdapat beberapa kaedah yang tambahan yang digunakan bersama dengan ayat-ayat Al-Quran. Diantaranya meminum air yang telah dibacakan doa, sapuan, mandi, merenjis air yang telah dibacakan doa, menepuk pesakit, menghembus dan beberapa kaedah lain yang tidak memudaratkan pesakit.
Penggunaan herba juga sebenarnya adalah tidak asing di dalam perubatan Islam. Di antara tumbuhan herba yang digunakan ialah daun bidara, habbatus sauda, saffron, serai, limau purut, minyak ecalyptus, minyak kelapa dara, minyak halia, ekstrak pudina, kurma ajwa dan halia bara. Manakala air zam-zam, air kolah masjid, garam kasar dan bekam hijamah adalah diantara bahan-bahan bukan herba yang juga boleh digunakan. Sesetengah daripada penggunaan herba ini adalah bersumberkan sunnah manakala selebihnya daripada pengalaman peruqyah-peruqyah. Sekali lagi saya ingatkan, penggunaan bahan-bahan ini adalah sebagai alat semata-mata. Kesembuhan itu milik mutlak Allah SWT.
Saya ada membuat sedikit kajian tentang amalan ini melalui statistik carian di internet. Saya dapati kata kunci seperti “jin islam”, “ilmu khodam”, “cara melihat makhluk halus”, “cara melihat jin”, “kemenyan jin”, “cara memanggil jin”, “cara memanggil jin kekayaan”, “mantra memanggil jin”, “cara melihat jin pendamping”, “cara melihat jin mudah”, “doa melihat makhluk halus”, “cara melihat jin islam”, “cara panggil jin” dan banyak lagi mempunyai jumlah carian yang agak tinggi. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa minat serta rasa ingin tahu orang Melayu tentang amalan berdamping dengan jin tinggi.
Sewaktu menghadiri kursus Perubatan Islam Darul Abrar yang lalu saya diperkenalkan dengan istilah “Uskun” atau Ustaz Dukun. Uskun adalah individu yang mengamalkan perubatan Islam yang diragui dan tidak selari dengan syariat Islam.
Saya bukanlah orang yang pakar tentang Perubatan Islam. Tetapi saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang saya ambil dari pengalaman pribadi dan kursus yang dihadiri dengan harapan dapat mengelakkan kita semua dari perbuatan syirik. Ingatlah balasan syirik ialah duduk diam di dalam neraka selama-lamanya.
Cara nak kenal Perubatan Islam yang diragui
- Apabila pesakit diminta memberikan nama ibu
- Apabila pesakit diminta untuk memberikan barang seperti baju atau barang yang pernah bersentuhan dengan pesakit seperti sikat rambut dan sebagainya.
- Apabila pesakit atau keluarga diminta melakukan perbuatan pelik seperti menyembelih haiwan (ayam/kambing) hitam atau memakai azimat.
- Apabila pesakit diminta memberikan darah haid.
- Apabila pesakit tau keluarga dikenakan bayaran yang tinggi dan melampau. Kebiasaannya peruqyah tidak menetapkan bayaran dan jumlah bayaran bergantung kepada pesakit. Sekiranya ada yang menetapkan bayaran, jumlahnya tidak melampau.
- Bacaan jampi yang tidak dikenali. Jika menggunakan ayat Al-Quran pun hanya pada permulaan dan ditengah atau penghujungnya tidak boleh didengari atau menggunakan jampi selain ayat Al-Quran.
- Menggunakan simbol-simbol atau tulisan yang tidak dikenali yang bukan dari Al-Quran atau hadits.
- Perawat mengaku boleh melihat alam ghaib atau meramal masa depan.
- Perawat memberitahu pesakit tentang maklumat peribadi pesakit atau sejarah pesakit melalui cara ghaib.
Nota: Ini bukan senarai penuh tetapi boleh dijadikan asas untuk mengenalpasti perubatan Islam palsu.
Anda mungkin akan berhadapan dengan individu yang mengaku menggunakan khidmat jin Islam atau jin mukmin. Mereka akan memberikan hujah yang kononnya kaedah ini dibenarkan dalam Islam. Dalam Islam perbuatan ini adalah salah dan haram. Walau apa jua pun alasan yang diberikan, ingatlah bahawa dalam Islam tujuan atau matlamat sesekali tidak menghalalkan cara. Sentiasa berdoalah kepada Allah agar dilindungi daripada terlibat dengan perbuatan ini.
Ayat-ayat Ruqyah
Ayat-ayat ruqyah adalah himpunan ayat-ayat al-Quran yang digunakan dalam tujuan perubatan. Amalan ini bersumberkan daripada Rasulullah SAW sendiri. Ianya dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin sebagai satu cara untuk merawat. Perlu diingatkan bahawa Allah yang berkuasa untuk menyembuhkan penyakit dan bukannya ayat-ayat suci ini. Ayat-ayat Al-Quran ini boleh digunakan untuk merawat diri sendiri atau orang lain (seorang atau jemaah).
Sekiranya anda hendak merawat orang lain, lakukan yang berikut. Letakkan pesakit duduk dalam keadaan melunjurkan kaki ke arah kiblat. Letakkan kedua belah tangan diatas riba dalam keadaan tapak tangan ke atas. Pesakit juga dikehendaki menutup mata dan mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran tanpa berkata-kata. Niatkan di dalam hati (peruqyah & pesakit) memohon bantuan daripada Allah semata-mata.
Berikut adalah ayat-ayat Al-Quran yang digunakan pada asasnya.:
1) Al-Fatihah
2) Al-Baqarah 1-5
3) Al-Baqarah 102
4) Al-Baqarah 163-164
5) Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6) Al-Baqarah 285-286
7) Ali-Imran 18-19
8) Al-‘Araf 54-56
9) Al-‘Araf 117-122
10) Yunus 81-82
11) Toha 69
12) Al-Mukminun 115-118
13) As-Soffaat 1-10
14) Al-Ahqaaf 29-32
15) Ar-Rahman 33-36
16) Al-Hasyr 21-24
17) Al-Jin 1-9
18) Al-Ikhlas
19) Al-Falaq
20) An-Naas
Kemudian perhatikan keadaan pesakit sepanjang anda membaca ayat-ayat di atas.Sekiranya terdapat simptom-simptom berikut, terdapat kemungkinan pesakit mempunyai masalah gangguan jin atau sihir. Sekiranya anda pernah melihat bagaimana proses rawatan ruqyah dilakukan, anda boleh meneruskannya dengan sendiri. Sekiranya tidak, maka langkah berikutnya ialah membawa pesakit tersebut berjumpa peruqyah untuk rawatan lanjut. Saya ada letakkan senarai no telefon individu yang masih aktif meruqyah mengikut kawasan dibawah.
Simptom-simptom gangguan
1) Degupan jantung semakin kencang
2) Badan bergegar
3) Terasa ada benda yang bergerak-gerak di bawah kulit
4) Menguap atau mengantuk
5) Batuk
6) Gelisah
7) Panas di tengkuk
8) Bagi kes yang berat, pesakit boleh menjerit
Senarai Nama Individu Yang masih Aktif Bertazkiyah dan Meruqyah. Anda Boleh Menghubungi Mereka Untuk Mendapatkan Bantuan. Saya Akan Cuba Sentiasa Mengemaskini Senarai Ini.
Area:
KOTA KINABALU
TG Ust. Rafihi – [KK & KB]+60138644717
Ust. Razali – [UMS] 0135430833
Pn. Rosmah / Dr Kawi – [Kingfisher & KK] 0195336483
Ust. Arbaen – [KK & Luyang] 0192468484
Cikgu Allysham – [Tuaran] +60168463476
Azhar – [UMS & Sepanggar] +60178364604
Syafiq – [Kingfisher, UMS, Sepanggar] 0143505639
Izzwan – [Sepanggar KK] +601126672203
Ust. Rozaimi – [putatan/ membakut] 01131438768
RANAU
Jupirin – +60198957676
KENINGAU/TAMBUNAN
Zulhaqqi – 0134593798
Mustaffa – 0145619757
Ust. Haziq – +60129601921
Ir Samin – +60146553084
Ust. Mohd Redzuan – [Sook] +60198085040
Ust. Satimin/Hasyim – +6 01125325675
man Juslin – +6017890098
Jihat – +60138632907
Mohd John- [kg. bayangan & Sulaman K.K] 0195317550
Sajari Saldi – [Tambunan] 01131443195
Nasledzul – [apin-apin] 0138713347
KUALA PENYU
Mohd Redzuan Basir
0198085040 / 0148542475
SANDAKAN
Ust. Syam – 0124448896
Mohamad Fikri bin Manuar – 014-6452937
Ust. Mohd Tarmizi Ibn Abu – +60138797719
SARAWAK
Aditya Al Muhajirry – [Sibu & kuching] +60109333426
Ust. Awangku Norizam bin Pengiran Abdul Rahman
Lokasi : Sibu,
No.WhatsApp : 01116076131
No.Talian : 0148888977
Abdul Al-Hafiq – [Matu & Daro] 0198473839
Abbas Jalaluddin – [Sibu] 0138474690
LAHAD DATU
ust. fahmy – 0198960968
ust. zaidin – 01131450605
Datu nazriegh – 0138887017
Mohammad azeri-0138999511
TAWAU
Mohammad judir tawau – 0108812623
Ust. roqib – 0195360706
SEMPORNA
Salleh Ahadi – 0195893862
KELANTAN & TERENGGANU
Pasir Puteh:
017 935 3501 – Ust Zaim
014-800 7094 -Us Mazlan
019-966 1023 -Us Amizan
016-369 8815 – Us Karimi
014-519 7520 – Us Ikram
Bachok –
014 500 2007(Us Fadli)
Setiu –
017 957 1372 ( Us Azmi)
013-724 7447 – Sd.Rusdi
Hulu Besut:
013 923 8140 – ust Basem
013-939 8335 -Us Imam Zul
Marang/Dungun:
019-904 1244 – Us Azam
Kemaman:
013-964 1734 – Cikgu Zul
019 868 0739 – Ust Anuar
KUALA LUMPUR
011-1478 1450-(Us Ridwan)
PENANG
012-908 7939 – Us syahmi
JOHOR
013-309 1410 – Ust Irwan