Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Ramai remaja AS overdose – Sinar Harian

TERJEMAHAN SINAR HARIAN | 2022-12-17 07:10:00 | www.sinarharian.com.my

Pil mengandungi fentany yang menyebabkan ketagihan kuat di kalangan remaja AS. - Agensi

Pil mengandungi fentany yang menyebabkan ketagihan kuat di kalangan remaja AS. – Agensi

WASHINGTON – Pengambilan dos dadah berlebihan di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 18 tahun telah meningkat dua kali ganda di Amerika Syarikat (AS) antara 2019 dan 2021, menurut kajian diterbitkan pihak berkuasa kesihatan yang turut memberi amaran mengenai risiko pengambilan pil tiruan mengandungi fentanyl.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) berkata, kadar purata bulanan pengambilan dadah berlebihan atau overdose dalam kalangan remaja meningkat sebanyak 109 peratus antara 2019 dan 2021.

Manakala jumlah dos berlebihan membabitkan fentanyl yang dikeluarkan secara tidak sah meningkat sebanyak 182 peratus.

Bagaimanapun, penggunaan dadah terlarang dalam kalangan remaja menurun secara keseluruhan tempoh sama, menunjukkan peningkatan kematian mungkin disebabkan oleh dos lebih kuat berbanding penggunaan lebih kerap.

Fentanyl, opiat sintetik yang menyebabkan ketagihan kuat, mudah dihasilkan dengan kos rendah di makmal dan ia telah membanjiri pasaran Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut kajian, kira-kira satu perempat remaja yang terlebih dos dikaitkan dengan pil palsu dan dijual dengan nama Oxycodone, ubat penahan sakit atau Alprazolam iaitu ubat kecemasan yang sering dikenali dengan jenama Xanax.

Peratusan itu mungkin dipandang rendah, kerana pil yang ditemui di tempat kejadian terlebih dos tidak selalunya diuji.

“Percambahan pil tiruan amat membimbangkan remaja memandangkan pasarannya tertumpu kepada golongan itu selain mudah didapati di media sosial,” lapor CDC. – AFP

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!