White Gendarussa Cutting / Keratan batang gandarusa putih

White Gendarussa Cutting / Keratan batang gandarusa putih

RM2.00

In stock

Penghantaran Ke Seluruh Negara**

  • Penghantaran harian
  • Kami menggunakan kurier yang terbaik
  • Kaedah pembungkusan terbukti selamat
      Pembayaran 100% Selamat 

Terdapat 4 jenis gandarusa yang biasa dijumpai samaada tumbuh liar atau ditanam sebagai tumbuhan pagaran menghias laman. Jenis-jenis gandarusa ialah gandarusa hitam, gandarusa hijau, gandarusa putih dan gandarusa batik. Kegunaan setiap jenis hampir menyamai antara satu sama lain. Jenis hijau , batik dan putih lebih menjadi pilihan sebagai tumbuhan hiasan manakala jenis hitam kebanyakannya dijumpai didalam semak , tumbuh liar dan sering dicari ketika ingin mengambil manafaatnya sebagai ubat.Gandarusa hitam mempunya batang yang berwarna hitam dengan daun berwarna hijau tua berkilat. Tulang daunnya juga berwarna hitam. Gandarusa hitam banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat sengal-sengal sendi, sakit pinggang, sakit belakang , kudis malam, patah, terseliuh dan rawatan wanita selepas bersalin. Gandarusa hijau mempunya daun yang berwarna hijau berkilat, batang dan urat daun juga berwarna hijau. Gandarusa hijau digunakan dalam perubatan melayu sebagai ubat untuk patah tulang, bisul, sengal tulang dan sengal sendi. cara penggunaan untuk bahagian luar kulit ialah daun gandarusa digiling hingga lumat bersama ibu kunyit dan beras kemudian ditampal dibahagian yang berkenaan. Jika pesakit berkulit sensitif , seelokny dicampur dengan sedikit minyak kelapa sebelum ditampal pada kulit untuk mengurangkan sifat panas daun gandarusa.Untuk rawatan patah tulang pula daun gandarusa yang dikeringkan ditumbuk hingga halus dan dicampur dengan cuka. Pastikan bahagian tulang patah yang akan dirawat itu berada dalam yang betul dan posisi yang sesuai.Selepas dilumurkan dengan campuran gandarusa dan cuka bahagian berkenaan boleh dibalut dengan kain.Panjang keratan antaran 15-20 cm. Keratan tanpa akar. Keratan perlu disemai sebaik sahaja diterima. Rendam bahagian bawah dalam gelas berisi air jika tidak sempat tetapi jangan rendam melebih 2 hari.Rendaman yang terlalu lama akan menyebabkan keratan rosak. Jika tidak pernah menyemai bunga mawar dari keratan panduan asas ini boleh digunakan.
1. periksa bahagian bawah keratan. Jika hitam atau pecah, kemaskan dengan memotong bahagian bawahnya secara serong. Pastikan tidak pecah (clean cut)a
2. Boleh celupkan keratan kedalam penggalak akar jenis serbuk atau cecair. Jika Gunakan jenis serbuk, pastikan ketuk-ketuk sikit keratan supaya tidak terlalu banyak serbuk melekat pada bahagian hujung keratan. Step 2 hanya optional. jika tiada penggalak akar tetap boleh disemai cuma proses pengeluaran akar lebih lambat.
3. Sediakan media semaian.Media yang paling mudah menghasilkan akar ialah tanah holland ( peat moss) . Jika tidak ada boleh gunakan sabut kelapa hancur(coco peat) atau pasir sungai.
4. Buat lubang Di tengah media semaian, masukkan keratan lebih kurang 2-3 cm kedalam tanah. Tekan dan kemaskan tanah disekeliling
5. Siram secukupnya.
6. Tutup bahagian atas kerana dengan bekas lutsinar akar bahagian atas keratan sentiasa lembab dan tidak kering.Pastikan media semaian sentiasa lembab tapi tidak terlalu menakung air.
7. keratan biasanya berakar selepas 3-6 minggu.
8. Alihkan ke media tananaman kekal selepas daun baru stabil dan akarnya banyak.

 

Additional information

Weight 0.1 kg
Dimensions 10 × 20 × 5 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “White Gendarussa Cutting / Keratan batang gandarusa putih”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + 15 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.