Home » Shop » Anak Benih » Ubi Ganyong

Ubi Ganyong

RM16.50

Ubi Ganyong MCA0848

2 in stock

wws Support / Wholesale MOQ 50 Unit.

Description

Ubi ganyong merupakan sejenis tumbuhan dari spesies yang sama dengan bunga tasbih ( canna lily) atau nama saintifiknya Canna indica Linn. Malah di sesetengah tempat seperti Indonesia bunga tasbih juga dipanggil ganyong hutan. Ia merupakan sejenis tumbuhan berumpun. Batangnya lembut dan tumbuh tegak dengan ketinggian anata 0. 9 hingga 1. 8 meter. Bentuk batangnya bulat dan agak pipih dan mempunyai pelepah daun yang teratur dan saling bertindih membentuk batang. Daunnya lebar dan berwarna hijau kemerahan dengan daunnya berbentuk elips memanjang. Bunganya berbentuk serombong, buahnya berbentuk bulat kecil dan terdapat rongga ruangan untuk biji di dalamnya. Ubinya berwarna putih atau keunguan. Pembiakannya melalui pecahan ubi dan anak yang terhasil dari rumpunnya.

Walaupun ubi ganyong kurang popular berbanding dengan ubi lain seperti keledek dan ubi kayu ia juga mempunyai pati yang boleh dijadikan tepung. Tepungnya mengandungi kandungan kalsium, fosforus dan karbohidrat yang tinggi menjadikan ia baik untuk pertumbuhan tulang dan gigi terutamanya pada kanak-kanak. Tepung ubi ganyong boleh dijadikan kuih seperti bingka, puding, roti, mee serta kek. kegunaannya boleh diolah sehingga sama seperti kegunaan tepung sagu. penuaian ubi ganyong bergantung kepada kegunaannya. Jika untuk dimakan dengan cara merebusnya ubinya yang muda boleh dituai. Jika tujuannya untuk mendapatkan patinya penuaian perlu dilakukan ketika ubi telah tua.

Additional information

Weight 4 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ubi Ganyong”