Home » Shop » Anak Benih » Sweet Basil

Sweet Basil

RM16.50

Sweet Basil MC0216

10 in stock

wws Support / Wholesale MOQ 50 Unit.

Description

Anak pokok Sweet Basil di dalam pasu atau polibeg.

Perkataan basil dalam bahasa greek membawa maksud tumbuhan diraja. Ia diberikan nama jolokan raja herba kerana keistinewaannya. Bersesuaian dengan namanya tumbuhan ini mempunyai pelbagai kegunaan masakan dan perubatan.

Basil atau dikenali dengan panggilan selasih dalam bahasa melayu merupakan kumpulan tumbuhan yang terdiri dari pelbagai varieti. Antara yang sering digunakan dalam masakan barat ialah sweet basil atau jika diterjemahkan dalam bahasa melayu menjadi selasih manis. Ia juga dikenali dengan nama Genovese basil. Dalam masakan asia pula selasih yang sering digunakan ialah selasih thai( Ocimum basilicum var thyrsiflora), kemangi ( O. X citriodorum) dan selasih hijau (ocimum tenuiflorum).

Sweet basil digunakan dalam pembuatan sos terkenal pesto. Sos ini dimakan bersama pasta, pizza dan roti bawang putih. Ia juga digunakab dalam pembuatan sos bolognese dan penambah perisa kepada masakan itali seperti pizza.
Selasih kebanyakannya semusim tetapi ada jenis yang kekal. Jenis selasih kekal seperti selasih hijau (holy basil) selasih ungu Afrika. Kebiasaannya tumbuhan semusim akan mati setelah menghasilkan biji benih. Tidak ramai yang tahu pokok semusim boleh dibimbing menjadi pokok kekal dengan cara memotong setiap bunganya untuk menggalakan pertumbuhan tunas baru. Tumbuhan ini membiak melalu keratan batang dan biji benih.

Additional information

Weight3.5 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sweet Basil”