Terung pipit merupakan sejenis tumbuhan liar yang akan menduduki kawasan tanah-tanah kosong yang baru di bersihkan. Pembiakannya yangmudah melalui biji benih yang dibawa oleh haiwan seperti burung menyebabkan ia mudah tersebar. Ia juga boleh dibiakkan melalui keratanbatang.Terung pipit adalah sejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sekitar 1.5 meter. Daunnya tersusun dalam bentuk pasang dan mudah. Batangnya berkayu, liat dan berduri. Bunga terung pipit berwarna putih. Bunganya kecil dan tersusun dalam bentuk tangkai. Buahnya pula berbentuk beri dan berwarna hijau ketika muda dan berubah menjadi kuning hingga oren apabila masak. Buah terung pipit adalah sejenis ulam yang popular bagi masyarakat kampong. Buahnya boleh dimakan sebagai ulam mentah atau direbus atau dicelur terlebih dahulu. Buahnya juga sangat sedap apabila dicampur ke dalam sambal tumis. Dari sudut perubatan pula jus atau air rebusan buahnya digunakan untuk merawat demam, selesema dan masalah pencernaan. Akar terung pipit digunakan untuk mengubati masalah tumit atau kulit kaki pecah. Ketahanan pokok ini menyebabkan ia juga digunakan sebagai pokok penanti untuk terung dan tomato.
___________
Belilah Dengan Yakin
Anda juga boleh beli item ini di LAZADA & SHOPEE.
Harga Borong
Kuantiti Pesanan (Ordered Quantity) | Harga Seunit, RM (Price per Unit, RM) |
1 – 50 | 11 |
51 – 200 | 10 |
201 – 1000 | 9 |
1001 ke atas | 8 |
* Harga yang dipaparkan adalah sebagai panduan dan mungkin boleh berubah. Sila hubungi kami disini untuk maklumat lanjut. Harga tidak termasuk kos pengangkutan.
Nota:
- Hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan produk ini.
- Anda boleh lihat testimoni daripada pelanggan kami.
PENTING!!
- Bagi pesanan dari Sabah & Sarawak, sila buat permohonan mengimpot terlebih dahulu!! Penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah amat berisiko disebabkan terdapat banyak faktor diluar kawalan. Pembeli bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat masalah semasa penghantaran.
Reviews
There are no reviews yet