- Botanical name : Piper betel linn
- Common name : Sirih, sireh, sirih jawa, betel leaf, Sirih carang, Be, Bed, Siyeh, Sih, Camai, Sirih kerekap, Serasa, Cabe, Jambi, Kengyek dan Kerak, plu (thailand)
- Family : piperaceae
- plant in polybag
- plant delivery to peninsular Malaysia
Sirih adalah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat Melayu dan juga masyarakat India. Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki) yang boleh membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah. Sirih selalunya dikaitkan dengan semangat pada zaman ke pahlawan Melayu. Sehelai sirih bertemu urat yang dimakan bersama pinang, kapur dan gambir dikatakan dapat menaikkan semangat pahlawan yang bakal berjuang. Dalam upacara pertunangan dan perkahwinan pula, sirih junjung dijadikan kepala hantaran dan merupakan bahan wajib bagi masyarakat Melayu. Dalam perubatan tradisional pula sirih banyak digunakan khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca dari gangguan makhluk halus. Sirih juga dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua Melayu dan India. sehelai daun sirih yang telah di bersihkan dicalit dengan sedikit kapur. Pinang yang telah diricih halus atau dipotong kecil diletakkan di atas daun bersama dengan gambir. Daun sirih kemudiannya digunakan untuk membungkus bahan ini sebelum dikunyah.
Terdapat 4 jenis sirih yang biasa dijumpai di Malaysia iaitu sirih melayu(atau sirih kampung) , Sirih cina, sirih india dan sirih udang. Sirih melayu mempunyai daun yang berwarna hijau pekat dengan tangkai daunnya juga hijau. Daunnnya boleh menjadi agak besar. permukaan daunnya berkilat. sirih jenis ini paling banyak digunakan. kedua ialah sirih india. sirih india dikenali dengan ciri daunnya yang lebih kecil. daun berwarna hijau dan tangkai daun hijau dengan permukaan daun kusam( tidak berkilat). Baunya lebih kuat dan rasanya juga lebih kuat. Daunnya juga lebih keras berbanding sirih cina dan melayu. Ketiga sirih cina , sirih cina mempunyai rasa yang lebih lembut dari sirih melayu dan sirih india. Keempat ialah sirih udang atau sirih emas atau dikenali juga dengan nama sirih tangkai merah. Ada juga sirih hutan tetapi sirih hutan tidak dimakan kerana keras dan rasa daunnya yang kurang sedap. Selalunya sirih hutan digunakan dalam perubatan.
Dalam perubatan Melayu, sirih yang terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari (kadinen, kavikol, sineol, eugenol, karvakol) ini digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti keputihan, nafas berbau , badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan. Disertakan disini beberapa langkah untuk menggunakan daun sirih sebagai penawar. Untuk penyakit keputihan beberapa helai daun sirih yang telah dibersihkan di rebus dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan suam. Air ini digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas kencing. Untuk Nafas bebau pula ada dua cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan. Satu cara lagi ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali sehari, pagi dan malam.Untuk gusi bengkak pula 5-6 helai daun sirih direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih, setelah itu masukkan sedikit garam. Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari. Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3 helai daun sirih direbus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum. Jika tidak mahu minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.
___________
Belilah Dengan Yakin
[cusrev_trustbadge type=”VSL” color=”#FFFFFF”]
Anda juga boleh beli item ini di LAZADA & SHOPEE.
Harga Borong
Kuantiti Pesanan (Ordered Quantity) | Harga Seunit, RM (Price per Unit, RM) |
1 – 50 | 18 |
51 – 200 | |
201 – 1000 | |
1001 ke atas |
* Harga yang dipaparkan adalah sebagai panduan dan mungkin boleh berubah. Sila hubungi kami disini untuk maklumat lanjut. Harga tidak termasuk kos pengangkutan.
Nota:
- Hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan produk ini.
- Anda boleh lihat testimoni daripada pelanggan kami.
PENTING!!
- Bagi pesanan dari Sabah & Sarawak, sila buat permohonan mengimpot terlebih dahulu!! Penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah amat berisiko disebabkan terdapat banyak faktor diluar kawalan. Pembeli bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat masalah semasa penghantaran.
Reviews
There are no reviews yet.