Pokok Sangitan/Kerak Nasi disediakan di dalam polibeg bersaiz 8×8 atau kurang. Ketinggian tidak melebihi 1.5 kaki.
Sangitan / kerak-kerak nasi / Chinese elder berry
Pokok sangitan dikenali juga dengan nama kerak-kerak nasi merupakan sejenis tumbuhan tropika, yang berasal dari Kawasan sub tropika dan tropika termasuk Malaysia. Jika kita melalui jalan Tapah untuk turun atau naik ke Tanah tinggi Cameron Highland, terdapat tumbuhan ini yang tumbuh secara liar di kiri dan kanan jalan di Kawasan yang agak tinggi sekitar Lata Iskandar. Sangitan merupakan satu varieti elderberry yang terkenal mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Nama botani tumbuhan ini ialah Sambucus javanica dari keluarga Adoxaceae. Daunnya mempunyai rasa manis dengan sedikit pahit. Ia tumbuh subur dikawasan yang agak teduh dan tanahnya lembab. Khasiatnya sama denga elderberry(sambucus nigra) yang terdapat dibarat. Bezanya buah elderberry masak berwarna hitam, tetapi buah sangitan masak berwarna merah. Buah dan daunnya mengandungi sedikit toksin. Daunnya tidak dijadikan makanan. Buahnya selamat dimakan setelah dimasak( dimasukkan ke dalam puding , dijadikan sirap dan sebagainya)
Terdapat kajian dijalankan keatas fungsi tumbuhan ini sebagai penawar antaranya untuk meningkatkan fungsi hati dalam merawat penyakit kuning. Bahagian yang digunakan ialah akarnya. Ia juga digunakan secara tradisional untuk mengubati penyakit lain seperti beri-beri (kekurangan vitamin b) , sakit pinggang dan rubela(air rebusan akarnya digunakan untuk mandi). Wanita hamil ditegah sama sekali dari minum air rebusan akarnya.
___________
Hubungi Kami Sekiranya Status Produk “Out Of Stock”, Kerana Mungkin Terdapat Kelewatan Mengemaskini Stok.
Anda juga boleh beli produk ini di LAZADA & SHOPEE.
Harga Borong
Kuantiti Pesanan (Ordered Quantity) | Harga Seunit, RM (Price per Unit, RM) |
1 – 50 | 16.5 |
51 – 200 | 15 |
201 – 1000 | 14 |
1001 ke atas | 13 |
* Harga yang dipaparkan adalah sebagai panduan dan mungkin boleh berubah. Sila hubungi kami disini untuk maklumat lanjut. Harga tidak termasuk kos pengangkutan.
Nota:
- Hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan produk ini.
PENTING!!
- Penghantaran anak-anak pokok hanya untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Tiada penghantaran ke Sabah dan Sarawak kecuali produk-produk selain daripada anak-anak pokok. Harap maklum.
Reviews
There are no reviews yet.