Keratan sepnajnag 10-20 cm dengan nod akarTumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan tempat teduh atau dalam rumah . ia di tanam didalam rumah bertujuan untuk menjadi tumbuhan hiasan dengan daunnya yang cantik dan menghijau. Namun terbaru kajian juga telah mendapat selain daripada menjadi tumbuhan hiasan dalam rumah, tumbuhan berdaun ini juga berkemampuan memberikan kesan psikologi yang baik kepada penghuni rumah. Malah kajian juga mendapati tumbuhan ini dapat membantu membersihkan udara dalam kediaman dan pejabat. Tumbuhan ini dapat mengurangkan pencemaran dalam rumah dengan cara menyerap VOC ( volatile organic compound), iaitu sebatian organik yang mudah meruap dan mencemarkan udara. Antara sebatian ini yang biasa terdapat dalam kediaman ialah benzin, formaldehid dan trikloroetelin. Sebatian ini beracun kepada manusia tetapi boleh diserap oleh tumbuhan dan mikrob dalam tanah tanpa merosakkan.Tumbuhan dalam rumah seperti philodendro “Burle-Marx” ini emerlukan kelembapan dan kadar cahaya yang sesuai jika ditanam didalam ruman/ Tumbuhan dalam rumah tidak perlu disiram dengan kerap. Penyiraman dilakukan apabila permukaan atas tanah dalam pasu mula mengering. Biasanya 3-4 hari sekali. Untuk mengekalkan kecantikan tumbuhan dalam rumah, baja yang sesuai dan mencukupi diperlukan. Saiz pasu juga perlu diambil berat dan boleh digunakan untuk mengawal saiz dan tumbesaran tumbuhan.
Reviews
There are no reviews yet.