Description
Ubi atau isi kemoyang banyak digunakan dalam perubatan Melayu tradisional terutamanya untuk mengubati demam panas (high fever) . Isinya direbus dan air rebusan ini diminum. Kemoyang popular sebagai tumbuhan untuk wanita selepas bersalin. Daunnya dijadikan balut tungku manakala isinya di rebus dan diminum airnya 2 hingga 3 kali sehari untuk mengembalikan kecergasan diri dan mengecutkan rahim. Untuk perut senak atau tidak selesa, daun dan batangnya yang dilumatkan hingga menjadi pes boleh dijadikan ubat sapu. Air rebusannya juga dapat mengubati cirit-birit. Selain daripada itu daun dan batangnya yang telah dicelur sedap dijadikan kerabu dan sayur masak lemak. Kemoyang dikatakan dapat melancarkan perjalanan darah.
Additional information
Weight | 3 kg |
---|
Be the first to review “Kemoyang Hijau” Cancel reply
Reviews
There are no reviews yet.