Kaduk

RM11.00

Kaduk MC0506

In stock

wws Support / Pesanan WhatsApp Order Dengan WhatsApp

Penghantaran Ke Seluruh Negara**

  • Penghantaran harian
  • Kami menggunakan kurier yang terbaik
  • Kaedah pembungkusan terbukti selamat
      Pembayaran 100% Selamat 

Kaduk di dalam polibag 10X10

Botanical name : Piper sarmentosum roxb
Common name : Kaduk. siri duduk
Essential herb and medicinal plant in South East Asia
Plant in polibag
Plant delivery to Peninsular Malaysia ONLY

Kaduk naik junjung merupakan antara perumpamaan yang amat terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Ia menggambarkan sejenis pokok yang realitinya tidak pernah ‘naik junjung atau memanjat sebaliknya kaduk sejenis tumbuhan yang hidup melata di persekitaraan rumah dikampung-kampung.
Kaduk dikategorikan dalam keluarga sirih (piperaceace). Asalnya ditemui tumbuh melata di Tanah Besar China sebelum tersebar luas hingga ke nusantara termasuk Tanah Melayu. Walaupun kaduk antara herba yang terpinggir dan tidak dipedulikan namun ia mendapat tempat istimewa disesetengah negara di Asia Tenggara terutama di Thailand dan Vietnam dimana dikenali sebagai Lo Lap di Vietnam dan Bai Cha-Ploo di Thailand. Pokok kaduk mudah ditanam dengan menggunakan akar ataupun keratan batang dan mudah tumbuh dengan subur ditanah gembur dengan persekitaran yang redup dan teduh.Pembajaan dan penyiraman secara teratur dapat mempercepatkan lagi pokok kaduk membiak. Biarpun tergolong sebagai tumbuhan separa tropika dan tropika namun ia mampu hidup subur di negara beriklim sejuk jika diletakkan ditempat berhawa panas. Kaduk adalah tumbuhan yang hidup sepanjang tahun dan bukanlah tumbuhan bermusim.
Pokok kaduk adalah tumbuhan yang cantik dengan daun bewarna hijau pekat berkilat dan berbentuk hati.Ia mengeluarkan bunga kecil bewarna putih yang kemudiannya akan bertukar menjadi biji/buah bewarna hijau atau coklat setelah matang dan bentuknya menyerupai buah mulberi. Ia banyak di gunakan sebagai tumbuhan lanskap tempat redup sebagai tumbuhan tutup bumi.
Kaduk telah digunakan secara meluas dengan pelbagai kegunaan bergantung kepentingannya bagi sesuatu masyarakat. Bagi masyarakat melayu kaduk sering dimakan mentah sebagai ulam pembuka selera dan bagi sesetengah penempatan kaduk dijadikan sebahagian bahan masakan seperti digulai bersama siput dan sebagainya. Masyarakat Thai pula selain dari dijadikan makanan daun kaduk digunakan sebagai pembalut untuk beberapa jenis masakan tradisional dimana pelbagai jenis bahan seperti kacang tanah,udang kering,bawang merah,halia dan limau nipis dibalut dengan daun kaduk makanan ini dikenali sebagai miang kham iaitu sejenis makanan ringan tradisional.
Selain dijadikan pembalut makanan, daun kaduk dijadikan sebagai bahan perasa utama bagi menghilangkan rasa/bau hanyir ikan air tawar selain dari dihiris halus dan dicampur bersama nasi sebagai bahan utama dalam penyediaan nasi kerabu. Kecantikan daunnya dan aromanya menyebabkan daun kaduk sering menjadi pilihan chef/tukang masak untuk menjadikannya asas perhiasan pinggan sebelum diletakkan lauk-pauk.
Khasiat Kaduk amat terkenal bukan sahaja di Malaysia. Daunnya mempunyai nilai perubatan tinggi dimana digunakan secara meluas di Vietnam dan China sebagai ubat penawar pelbagai jenis penyakit. Buah kaduk pula mempunyai beberapa bahan kimia seperti alkene, prrole amide, sarmintine dan sarmentosine yang mana unsur alkene telah dibuktikan secara saintifik mempunyai kesan bagi mengecilkan selaput lendir (astrogen). Maka tidak hairanlah mengapa masyarakat melayu sering merawat penyakit batuk asma dengan meletakkan daun kaduk yang dihiris halus dan diramas-ramas ditempelkan ditengkuk,dikatakan dapat juga meredakan batuk malam dikalangan kanak-kanak.
Bagi penduduk China, kaduk dimakan bersama nasi bagi menurunkan suhu panas semasa demam dan juga dapat merangsang pencernaan,perkara itu telah didokumenkan oleh Perry didalam bukunya Medicinal Plants of East & Southest Asia. Dikatakan juga masyarakat di China dan Vietnam merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusan sepohon kaduk beserta akarnya 2x sehari. Di Thailand pula akarnya digunakan bagi merawat sakit gigi dan daunnya digunakan untuk merawat sakit perut.

Kaduk juga digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat melayu dimana daunnya digunakan bagi mengubati sakit kepala,sakit pinggang dan arthritis. Pengamal perubatan melayu merawat sakit senggugut dengan cara merebus 7 kerat akar kaduk bersama 7 kerat akar daun kesum,secubit kemenyan dan 3 gelas air sejuk direbus mendidih,disejukkan,disaring dan diminum 1x sehari sebelum kedatangan haid.
Masyarakat Indonesia mengubati penyakit lelah dengan mengunyah daun kaduk seperti sirih dan menelan airnya disamping mereka percaya dengan mengamalkan minum air rebusan daun kaduk sebagai pengganti minuman teh setiap hari dapat mengekalkan kesegaran badan dan awet muda disamping dapat menyahkan bau badan yang kurang enak juga sebagai vitamin untuk menguatkan gigi,gusi dan tulang. Cara yang sering digunakan adalah dengan merebus 7 helai daun kaduk tua dengan 2 cawan air hingga mendidih dan air menjadi secawan,saring dan minum 1x sehari setiap hari.Dipercayai juga dengan meminum air rebusan daun kaduk dapat menaikkan seri wajah,maka disana anak gadis disaran meminumnya seawal umur 11 tahun lagi disamping dijadikan minuman khusus bagi bakal pengantin.

___________

 

Belilah Dengan Yakin

Melur's Garden
product rating0.00 / 5
0 reviews

 

Anda juga boleh beli item ini di LAZADA & SHOPEE.



  


Harga Borong

Kuantiti Pesanan (Ordered Quantity) Harga Seunit, RM (Price per Unit, RM)
1 – 50  11
 51 – 200  10
 201 – 1000  9
 1001 ke atas  8

* Harga yang dipaparkan adalah sebagai panduan dan mungkin boleh berubah. Sila hubungi kami disini untuk maklumat lanjut. Harga tidak termasuk kos pengangkutan.

Nota:

  • Hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan produk ini.
  • Anda boleh lihat testimoni daripada pelanggan kami.

 

PENTING!!

  • Bagi pesanan dari Sabah & Sarawak, sila buat permohonan mengimpot terlebih dahulu!! Penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah amat berisiko disebabkan terdapat banyak faktor diluar kawalan. Pembeli bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat masalah semasa penghantaran.

 

Additional information

Weight 4 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kaduk”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.