Inai ialah sejenis tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna pucat. Tumbuhan ini boleh membiak melalui keratan batang dan biji benih. Daunnya yang telah matang berwarna hijau gelap dengan bintik-bintik kehitaman. Dikatakan bintik ini menentukan kemerahan warna inai bila digunakan untuk mewarnai kuku, semakin hitam daun inai itu, semakin merah warna yang dikeluarkan. Tumbuhan ini sukakan kelembapan yang agak tinggi dan mengalirkan yang baik, namun ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh bertahan dalam keadaan kering yang tidak terlalu lamaInai, selain dari digunakan untuk memerahkan kuku dan hiasan mempunyai nilai perubatan antaranya ia digunakan untuk:1. Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan) . Caranya, untuk luka luaran, ambil daun inai ditumbuk lumat dan ditampal pada bahagian yang luka untuk menghentikan pendarahan. Untuk luka bersalin dan pembedahan pula tujuh helai daun inai dimakan pagi dan petang dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan.2. Untuk mengubat sakit perut pula daun inai direbus hingga mendidih di dalam bekas yang tidak ditutup, airnya ditapis dan diminum.3. Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin daun inai direbus dan diminum 3 kali seminggu.4. Untuk mengubat penyakit kuning pada bayi yang baru lahir, daun inai dicampurkan dengan air mandian bayi.5. Untuk melembutkan rambut pula, daun inai dikisar hingga lumat dan dipanaskan sebentar kemudian disapukan pada rambut, selain rambut menjadi lebih lembut ia juga menjadi lebih berseri dengan warna oren semulajadi dari daun inai.Panduan menyemai Keratan berkayu atau semi-berkayuPeriksa bahagian bawah keratan.Jika hitam atau pecah, kemaskan dengan memotong bahagian bawahnya secaraserong. Pastikan tidak pecah (clean cut)Boleh celupkan keratan ke dalam penggalak akar jenis serbuk atau cecair. Jika Gunakan jenis serbuk, pastikan ketuk-ketuk sikit keratan supaya tidak terlalu banyak serbuk melekat pada bahagian hujung keratan. Step 2 hanya optional. jika tiada penggalak akar tetap boleh disemai cuma proses pengeluaran akar lebih lambat.Sediakan media semaian.Media yangpaling mudah menghasilkan akar ialah tanah holland ( peat moss) . Jika tidak ada boleh gunakan sabut kelapa hancur(coco peat) atau pasir sungai. Buat lubang Di tengah media semaian, masukkan keratan lebih kurang 2-3 cm kedalam tanah. Tekan dan kemaskan tanah disekeliling Siram secukupnya.Tutup bahagian atas kerana dengan bekas lutsinar akar bahagian atas keratan sentiasa lembab dan tidak kering.Pastikan media semaian sentiasa lembab tapi tidak terlalu menakung air. Keratan biasanya berakar selepas 3-6 minggu. Alihkan ke media tananaman kekal selepas daun baru stabil dan akarnya banyak
Reviews
There are no reviews yet