Gardenia plant stem cutting / Keratan batang Bunga Cina berlapis

RM1.50

SKU :;CUT0046
Local name :Bunga Cina / Melur Cina
Botanical name :Gardenia augusta
Other; name :Kacapiring, GardeniaFamili:Rubiaceae

In stock

wws Support / Pesanan WhatsApp Order Dengan WhatsApp

Penghantaran Ke Seluruh Negara**

  • Penghantaran harian
  • Kami menggunakan kurier yang terbaik
  • Kaedah pembungkusan terbukti selamat
      Pembayaran 100% Selamat 

Bunga Cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya. Tumbuhan ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah di tempat yang beriklim agak sejuk seperti di kawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 – 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang semua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan air mencukupi semasa pertumbuhan akarnya. Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang harum.Panduan menyemai Keratan berkayu atau semi-berkayuPeriksa bahagian bawah keratan. Jika hitam atau pecah, kemaskan dengan memotong bahagian bawahnya secara serong. Pastikan tidak pecah (clean cut)Boleh celupkan keratan ke dalam penggalak akar jenis serbuk atau cecair. Jika Gunakan jenis serbuk, pastikan ketuk-ketuk sikit keratan supaya tidak terlalu banyak serbuk melekat pada bahagian hujung keratan. Step 2 hanya optional. jika tiada penggalak akar tetap boleh disemai cuma proses pengeluaran akar lebih lambat.Sediakan media semaian.Media yang paling mudah menghasilkan akar ialah tanah holland ( peat moss) . Jika tidak ada boleh gunakan sabut kelapa hancur(coco peat) atau pasir sungai. Buat lubang Di tengah media semaian, masukkan keratan lebih kurang 2-3 cm kedalam tanah. Tekan dan kemaskan tanah disekeliling Siram secukupnya.Tutup bahagian atas kerana dengan bekas lutsinar akar bahagian atas keratan sentiasa lembab dan tidak kering.Pastikan media semaian sentiasa lembab tapi tidak terlalu menakung air. Keratan biasanya berakar selepas 3-6 minggu. Alihkan ke media tananaman kekal selepas daun baru stabil dan akarnya banyak

 

Additional information

Weight 0.1 kg
Dimensions 20 × 10 × 5 cm

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
Currently, we are not accepting new reviews