Fragrant Peace Lily / Keladi putih Wangi
RM25.00
Fragrant Peace Lily / Keladi putih Wangi MC0723
In stock
Description
Spathiphylum merupakan genus yang terdiri dari 47 jenis tumbuhan monokotiledon berbunga dari keluarga keladi (Araceae). Genus ini berasal dari bahagian tropika di Benua Amerika dan juga benua Asia. Beberapa spesis dari genus ini dipanggil dengan nama spath atau peace lily. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang boleh hidupdikawasan yan teduh dan pencahayaan yang minima. Walaupun ia dipanggil peace lily tetapi ia bukanlah tumbuhan dari keluarga liliiceae. Kebanyakan tumbuhan dari keluarga lili agak toksid tetapi tumbuhan ini tidak kerana ia bukanlah lili yang sebenanrnya. Hanya dipanggil lili kerana ciri-cirinya yang menyerupailili.Spathiphylum cannifolium merupakan satu antara beberapa spesis spathiphylum yang dipanggil peace lily. Ia juga dikenali dengan nama Selandang Putih, Keladi Wangi, Bendera Putih. Ia berbunga sepanjang tahun. bunganya yang berwarna putih krim mempunyai bau yang sangat wangi. Daunnya berwarna hijau gelap dan agak tebal . Berbeza dengan peace lily yang banyak dijual secara komersial iaitu spathiphyllum wallisii yang mempunyai bunga yang tiada bau, daun yang lebih nipis (dan bentuknya lebih runcing), serta permukaan daunnya yang berkilat. Pokok ini boleh dibiakkan melalui pecahan rumpun.
___________
Belilah Dengan Yakin, Kami Mempunyai Bertahun Pengalaman Mengepos Anak Benih Menggunakan Kurier. Sila Lihat Rating Kami.
Harga Borong
Kuantiti Pesanan (Ordered Quantity) | Harga Seunit, RM (Price per Unit, RM) |
1 – 50 | 25 |
51 – 200 | |
201 – 1000 | |
1001 ke atas |
* Harga yang dipaparkan adalah sebagai panduan dan mungkin boleh berubah. Sila hubungi kami disini untuk maklumat lanjut. Harga tidak termasuk kos pengangkutan.
Nota:
- Kaedah Penghantaran / Delivery Method.
- Hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan produk ini.
- Anda boleh lihat testimoni daripada pelanggan kami.
- Hubungi Agen kami untuk maklumat lanjut produk.
PENTING!!
- Bagi pesanan dari Sabah & Sarawak, sila buat permohonan mengimpot terlebih dahulu!! Penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah amat berisiko disebabkan terdapat banyak faktor diluar kawalan. Pembeli bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat masalah semasa penghantaran.
** Sertai Forum Komuniti “Jom Sembang Pokok” **
** Mari Menderma Sambil Membeli **
Additional information
Weight | 2 kg |
---|
You must be logged in to post a review.
Reviews
There are no reviews yet.