Cempedak Nangka Biasa dengar bidalan cempedak berbuah nangka yang bermaksud mendapat hasil yang lebih baik dari yang dijangkakan? Atau kata-kata gurauan yang biasa kita dengar tak kusangka cempedak menjadi nangka yang membawa maksud perkara yang sama sekali diluar jangkaan. Ada juga bidalan yang berbunyi takkan cempedak berbau nangka yang membawa maksud sesuatu perkara itu perlu diselidiki terlebih dahulu sebelum diterima. Cempedak nangka adalah satu varieti hibrid hasil kacukan cempedak dengan Nangka J33 (Tekam sweet). Klon ini banyak di tanam Mantin Negeri Sembilan. Sifat luaran buah ini seperti cempedak cuma tekstur kulitnya seperti nangka. Aromanya ketika masak adalah aroma cempedak yang sangat kuat. Tekstur buahnya lembut seperti cempedak dengan rasa nangka yang sangat sedap. Jika gigit kepingan yang besar hati-hati kerana tekstur lembutnya boleh membuatkan kita tersangkut ketika cuba menelan. Minggu lepas ketika berjumpa dengan Encik Shamsuddin , seorang peserta projek diJabatan Pertanian Ayer Hitam, kami telah dihadiahkan dengan sebiji cempedak nangka yang hampir masak. Semalam buah itu cukup ranum dan kami dapat merasa keenakan buahnya yang merupakan gabungan antara cempedak dan nangka. Rasa lemak manisnya memang tidak dirasai dalam mana-mana varieti cempedak yang lain. Umpama makan cempedak bersama nangka sekaligus. Ulasnya besar dan banyak seperti nangka. Jeraminya juga sangat manis hingga terasa sayang untuk dibuang. Rasa jeraminya sama enak seperti buahnya.Tekstur buahnya mengingatkan saya kepada sejenis nangka yang saya pernah makan ketika kecil tetapi susah dijumpai kini. Nangka itu dipanggil nangka bubur oleh arwah datuk saya kerana isinya yang lembik seperti bubur dan agak susah untuk ditelan jika gigitan terlalu besar. Tidak pasti adakah ia varieti yang sama. Cempedak nangka mempunyai permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran. Harganya juga tinggi jika dibandingkan dengan cempedak lain. Sedap dijadikan gorengan dan ulasnya besar. “TAKKU SANGKA CEMPEDAK SUDAH MENJADI NANGKA”
___________
Belilah Dengan Yakin
Anda juga boleh beli item ini di LAZADA & SHOPEE.
Harga Borong
Kuantiti Pesanan (Ordered Quantity) | Harga Seunit, RM (Price per Unit, RM) |
1 – 50 | 27.5 |
51 – 200 | 25 |
201 – 1000 | 24 |
1001 ke atas | 23 |
* Harga yang dipaparkan adalah sebagai panduan dan mungkin boleh berubah. Sila hubungi kami disini untuk maklumat lanjut. Harga tidak termasuk kos pengangkutan.
Nota:
- Hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan produk ini.
- Anda boleh lihat testimoni daripada pelanggan kami.
PENTING!!
- Bagi pesanan dari Sabah & Sarawak, sila buat permohonan mengimpot terlebih dahulu!! Penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah amat berisiko disebabkan terdapat banyak faktor diluar kawalan. Pembeli bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat masalah semasa penghantaran.
Reviews
There are no reviews yet