Pokok bunga cina juga dikenali dengan nama lain seperti gardenia, kacapiring, cape jasmine dan lain-lain lagi. bentuk bunganya sama seperti bunga mawar dengan kelopak yang tersusun berlapis-lapis. Bunganya mempunyai bau yang sangat wangi dan menenangkan
Daun bunga cina atau dikenali dengan nama kacapiring dalam bahasa indonesia atau gardenia dalam bahasa inggeris juga boleh menghasilkan cincau. semasa kecil jika saya dan adik-adik demam ayah akan meramas-ramas daun bunga cina dalam semangkuk air dan air digunakan untuk menjarang (membasahkan kepala). Itu saja ubat demam kami adik beradik selain makan kortal. Tidak pernah ke klinik atau hospital.
Bila dewasa saya amalkan kaedah yang sama untuk merawat anak-anak saya. Ketika mula membuat sendiri cincau dari 3 jenis cincau yang saya tanam, saya sedari ketika meramas daun bunga cina untuk menjarang kepada anak, lendir terhasil itu seumpama lendir yang terhasil ketika meramas daun cincau hijau.
Cara untuk membuat cincau dari daun bunga cina atau kacapiring
1. Cuci bersih-bersih lebih kurang 30 helai daun bunga cina. rBuang semua habuk dan serangga yg ada pada daun.
2. Masukkan dalam besen kecil yang diisi air mati atau air bertapis. Ramas-ramas lebih kurang 10 minit hingga lendirnya keluar.
3. Tapis dengan penapis yg halus, boleh gunakan penapis teh kain atau guna kain maslin. Jangan biar serdak daunnya tertinggal.
4. Sejukkan hingga menjadi pepejal, diluar atau dalam peti ais.
Tambah ke dalam minuman kegemaran anda.Boleh diminum sejuk atau panas. Atau makan bersama santan dan gula merah/melaka atau susu. Bagus untuk sejukkan badan sepertimana lendirnya dapat menurunkan suhu badan ketika digunakan untuk menjarang kepala.
___________
Belilah Dengan Yakin
Anda juga boleh beli item ini di LAZADA & SHOPEE.
Harga Borong
Kuantiti Pesanan (Ordered Quantity) | Harga Seunit, RM (Price per Unit, RM) |
1 – 50 | 16.5 |
51 – 200 | 15 |
201 – 1000 | 14 |
1001 ke atas | 13 |
* Harga yang dipaparkan adalah sebagai panduan dan mungkin boleh berubah. Sila hubungi kami disini untuk maklumat lanjut. Harga tidak termasuk kos pengangkutan.
Nota:
- Hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan produk ini.
- Anda boleh lihat testimoni daripada pelanggan kami.
PENTING!!
- Bagi pesanan dari Sabah & Sarawak, sila buat permohonan mengimpot terlebih dahulu!! Penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah amat berisiko disebabkan terdapat banyak faktor diluar kawalan. Pembeli bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat masalah semasa penghantaran.
Reviews
There are no reviews yet