Brazilian Button di dalam Polibag 6×6
Nama botani tumbuhan ini ialah Centratherum punctatum. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang biasa ditanam sebagai hiasan. Ia biasanya ditanam sebagai tumbuhan tutup bumi kerana ciri-cirnya yang cepat membiak dengan cara jalaran batang. Bunganya yang berwarna ungu sentiasa mengeluarkan bunga tanpa mengira musim. Ia juga dikenali dengan biasa brazilian button. lark daisy, button beauty, bachelor’s button. Walaupun hanya selalunya ditanam sebagai tumbuhan hiasan, tumbuhan herba ini mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan banyak kajian-kajian mengenai kegunaan perubatannya dilakukan. Antaranya fungsinya sebagai bahan anti mikrob, anti oksidan dan anti proliferatif ( pembahagian sel). Dalam perubatan traditional tumbuhan ini digunakan untuk merawat luka,rawatan untuk kulit dan rambut, penahan sakit dan penawar untuk bisa gigitan ular. Mudah dibiakkan dengan keratan batang dan biji benih. Tumbuhan ini menyukai tanah yang sentiasa lembab dan mendapat sinaran matahari yang penuh.
___________
Hubungi Kami Sekiranya Status Produk “Out Of Stock”, Kerana Mungkin Terdapat Kelewatan Mengemaskini Stok.
Anda juga boleh beli produk ini di LAZADA & SHOPEE.
Harga Borong
Kuantiti Pesanan (Ordered Quantity) | Harga Seunit, RM (Price per Unit, RM) |
1 – 50 | 14.3 |
51 – 200 | 13 |
201 – 1000 | 12 |
1001 ke atas | 11 |
* Harga yang dipaparkan adalah sebagai panduan dan mungkin boleh berubah. Sila hubungi kami disini untuk maklumat lanjut. Harga tidak termasuk kos pengangkutan.
Nota:
- Hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan produk ini.
PENTING!!
- Penghantaran anak-anak pokok hanya untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Tiada penghantaran ke Sabah dan Sarawak kecuali produk-produk selain daripada anak-anak pokok. Harap maklum.
Reviews
There are no reviews yet.