Bemban disediakan di dalam polibeg bersaiz 8×8 atau kurang. Ketinggian tidak melebihi 1.5 kaki.
Botanical name : Donax grandis synonym Donax canniformis
Common name : Bemban , Common donax , lamah ( kadazan dusun)
Plant in Polybag
Can be grown in pots
Ornamental and medicinal
Plant delivery to Peninsular Malaysia ONLY
Bemban merupakan sejenis tumbuhan berumpun dengan batang yang kelihatan seakan-akan pokok buluh. Daunnya yang agak besar dan berbentuk oval itu mempunyai permukaan yang cantik berkilat. Batangnya tinggi dengan daunnya terletak di bahagian hujung batang. Bunganya berwarna putih dan menghasilkan bau wangi yang tidak kuat. Buahnya berbentuk bulat dan bersaiz kecil. Bemban mudah membiak melalui anak yang terhasil dari rumpunnya. ia boleh dibiakkan melalui pecahan rumpun. KEGUNAAN: kulit batangnya yang telah dibelah nipis digunakan untuk menjahit atap rumbia. selain daripada itu ia juga boleh dianyam untuk dijadikan bakul. Perkataan bemban itu sendiri memberi maksud perangkap ikan sesuai dengan kegunaan batangnya yang boleh dianyam dan digunakan untuk menangkap ikan. Daunnya boleh digulungkan dijadikan serunai dan menghasilkan bunyi yang merdu dan menjadi permainan kanak-kanak kampung. batangnya juga boleh dijadikan senapang mainan.
Bemban juga mempunyai khasiat perubatan yang tersendiri. Jus yang diperah dari tumbuhan ini digunakan sebagai ubat titis mata untuk sakit mata. Teknik perubatan ini digunakan terutamanya oleh masyarakat Kadazan dusun di sabah. Ia dititiskan pada mata yang sakit sebanyak tiga kali sehari. Bemban juga merupakan habitat utama bagi kelip-kelip. Ia juga sesuai dijadikan tumbuhan hiasan yang memaparkan ciri-ciri tropika.
Beli terus dari website melur : https://www.melur.com/?add-to-cart=198684 &quantity=1
Beli di shopee
Melur Kota Bharu : https://shopee.com.my/product/52372233/9613939204/
Melur Kota Tinggi : https://shopee.com.my/product/161394255/11080860817/
Beli di lazada :
KT:
KB:
Order Whatsapp: http://nurserimelur.wasap.my/Bemban
___________
Belilah Dengan Yakin
Anda juga boleh beli item ini di LAZADA & SHOPEE.
Harga Borong
Kuantiti Pesanan (Ordered Quantity) | Harga Seunit, RM (Price per Unit, RM) |
1 – 50 | 16.5 |
51 – 200 | 15 |
201 – 1000 | 14 |
1001 ke atas | 13 |
* Harga yang dipaparkan adalah sebagai panduan dan mungkin boleh berubah. Sila hubungi kami disini untuk maklumat lanjut. Harga tidak termasuk kos pengangkutan.
Nota:
- Hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan produk ini.
- Anda boleh lihat testimoni daripada pelanggan kami.
PENTING!!
- Bagi pesanan dari Sabah & Sarawak, sila buat permohonan mengimpot terlebih dahulu!! Penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah amat berisiko disebabkan terdapat banyak faktor diluar kawalan. Pembeli bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat masalah semasa penghantaran.
Reviews
There are no reviews yet.