Anak Pokok Sambang Merah | Excoecaria Cochinchinensis

RM15.40

Anak Pokok Sambang Merah | Excoecaria Cochinchinensis MCA1104

36 in stock

wws Support / Pembelian Harga Borong Minima Pesanan 50 Unit.

Description

Excoecaria Cochinchinensis Sapling / Anak Pokok Sambang Merah/ Sambang Darah.
Pokok sambang merah lebih dikenali sebagai tumbuhan hiasan lanskap berbanding dengan khasiat perubatannya. Tumbuhan in berasal dari Indochina tetapi telah tersebar secara meluas di Asia Tenggara. Dikenali juga dengan nama lain mengikut daerah dan negara. Di Indonesia ia juga dkenali dengan nama daun remek daging, daun sambang darah, ki sambang dan sambang darah. Dalam bahasa inggeris ia dikenali dengan nama Chinese croton ( terjemahan terus : Puding China).
Tumbuhan ini bersifat racun. Racun terdapat pada getahnya yang berwarna putih yang akan terhasil apabila kulit batangnya dilukakan. Walaubagaimana pun racunnya tidak terlalu kuat dan hanya akan mendatangkan kesan kecil sementara apabila daunnya dimakan. Getahnya juga mungkin akan menimbulkan keradangan untuk yang berkulit sensitif. Racunnya akan mendatangkan kesan yang kuat kepada ikan jadi ia boleh digunakan untuk menuba ikan.
Dalam perubatan tradisional daun sambang merah digunakan untuk kegunaan luaran sahaja. Air rebusan daunnya digunakan untuk merawat penyakit kayap dan menghentikan pendarahan.
Ditulis oleh Noraida Arifin

Additional information

Weight 2 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Anak Pokok Sambang Merah | Excoecaria Cochinchinensis”