Anak Pokok Memali Merah

Anak Pokok Memali Merah MC0661

In stock

wws Support / Pre-sale Questions Need Help? Contact Us via WhatsApp
MC0661 ,

Description

Memali Merah Leea rubra Blume Nama lain bagi memali merah ialah Pucok Merah, Mali-Mali Puchuk Merah, Memali, Red Leea, Mali-Mali, Red Tree-Vine, Leea, Red Tree Shrub. Sejenis pokok renek dari keluarga vitaceae dengan batang separa berkayu. Pertumbuhannya boleh mencapai tinggi maksimum 3 meter. Daunnya digunakan untuk merawat luka dengan cara menghancurkan daunnya hingga lumat dan diletakkan ditempat luka. Daunnya juga digunakan untuk memeram buah-buahan seperti pisang supaya cepat masak. Batangnya dipantingkan di tengah-tengah empulur nangka untuk mempercepatkan nangka masak. Akar digunakan untuk merawat demam, (rebus dan minum airnya), cara yang sama digunakan untuk merawat gout, sakit sendi dan sakit perut. Buahnya dimakan untuk rawatan penyakit cirit-birit dan penyakit puru (yaws), sejenis penyakit kulit yang menyebabkan timbulnya benjolan pada kulit. Digunakan sebagai tumbuhan lanskap kerana bunganya yang cantik dan berwarna merah terang. Boleh dibiakkan dengan kaedah semaian biji dan keratan batang.

___________

Belilah Dengan Yakin, Kami Mempunyai Bertahun Pengalaman Mengepos Anak Benih Menggunakan Kurier. Sila Lihat Rating Kami.

Trust Badge

 

Harga Borong

Kuantiti Pesanan (Ordered Quantity)Harga Seunit, RM (Price per Unit, RM)
1 – 50 18
 51 – 200 18
 201 – 1000 17
 1001 ke atas 16

* Harga yang dipaparkan adalah sebagai panduan dan mungkin boleh berubah. Sila hubungi kami disini untuk maklumat lanjut. Harga tidak termasuk kos pengangkutan.

Nota:

  • Hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan produk ini.
  • Anda boleh lihat testimoni daripada pelanggan kami.
  • Hubungi Agen kami untuk maklumat lanjut produk.

 

PENTING!!

  • Bagi pesanan dari Sabah & Sarawak, sila buat permohonan mengimpot terlebih dahulu!! Penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah amat berisiko disebabkan terdapat banyak faktor diluar kawalan. Pembeli bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat masalah semasa penghantaran.

 

Additional information

Weight3 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Anak Pokok Memali Merah”
Agen-agen kami sedia membantu!
WeCreativez WhatsApp Support
General Inquiry
Support
Away
WeCreativez WhatsApp Support
Agen Order Whatsapp
Zarina
Available
WeCreativez WhatsApp Support
Agen Order Whatsapp
Nor
Away