Description
Pokok mangun (Plectranthus zeylanicus) seringkali disalah anggap sebagai pokok bangun-bangun (Plectranthus amboinicus) atau pokok nilam aceh (pogostemon cablin). Ini kerana ciri-ciri pokoknya yang mempunyai daun agak tebal dan sangat beraroma. Bentuk daunnya pula hampir menyerupai daun pokok nilam cuma ia lebih tebal . Bau daun mangun mempunyai bau yang seakan-akan lemon. Daun mangun adalah daun yang wajib ada dalam masakan gulai tempoyak daun kayu yang sangat popular di Negeri Sembilan, Menyukai tempat yang lembab dan kaya dengan humus. Tumbuhan ini akan mengeluarkan bunga berwarna ungu pada persekitaran yang optimum. Ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi terutamanya dalam perubatan ayurveda. Merupakan sumber hrivera (istilah avurveda), sejenis dadah yang digunakan dalam perubatan ayurveda.
Additional information
Weight | 3 kg |
---|
Reviews
There are no reviews yet.