Additional information
Weight | 2 kg |
---|---|
Dimensions | 20 × 30 × 50 cm |
RM20.00
Cinnamomum iners ialah spesies pokok dalam keluarga Lauraceae yang diterangkan oleh Reinwardt dan Blume. Tiada subspesies disenaraikan dalam Katalog Kehidupan. Ia berlaku secara semula jadi di Sri Lanka, India, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Malaysia, Indonesia, Filipina dan selatan China dan tenggara Tibet.
Dalam bahasa Melayu C. iners dipanggil pokok medang teja; dalam bahasa Vietnam ia boleh dipanggil: quế rừng, quế giả, quế lá to, quế lợn, hậu phác, atau hậu phác nam.
Medang teja mempunyai taburan semula jadi di India, Myanmar, Indo-China, Thailand, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina. Pokok ini kebiasaannya ditanam sebagai hiasan dan naungan di tepi jalan, berhampiran bangunan dan taman. Musilajnya digunakan dalam penghasilan lingkaran nyamuk, colok wangi, produk plastik, formika, gam, lapisan dalam tayar, pelapis kertas berkualiti tinggi, cat dan gelas fiber. Kulit pokoknya dijual dengan nama “mesni” di Sarawak dan digunakan sebagai ubat untuk dibuat teh, perisa dan rempah ratus. Kayunya digunakan untuk pembinaan rumah dan kabinet.
KhasiatAkar
Cara RawatanAir rebusannya (boleh juga dicampurkan daunnya) bermanfaat untuk diminum oleh ibu selepas bersalin; dan untuk merawat demam panas.
KhasiatDaun
Cara RawatanDitumbuk lumat, cecairnya diperah dan disapu pada luka akibat sumpitan racun ipoh atau disapu pada sendi yang mengalami reumatisme.
KhasiatPokok
Cara RawatanKulitnya dikunyah dan cecairnya ditelan untuk mengatasi sakit perut yang memulas. Kulitnya dibancuh sebagai teh herba yang diminum untuk merangsang cirit-birit (sebagai kaedah mencuci perut dan usus).
In stock
Support / Pembelian Harga Borong Minima Pesanan 50 Unit.Weight | 2 kg |
---|---|
Dimensions | 20 × 30 × 50 cm |
Reviews
There are no reviews yet