Anak Pokok Cempedak Nangka

RM25.00

Anak Pokok Cempedak Nangka MFS0117

Out of stock

Penghantaran Ke Seluruh Negara**

  • Penghantaran harian
  • Kami menggunakan kurier yang terbaik
  • Kaedah pembungkusan terbukti selamat
      Pembayaran 100% Selamat 

Cempedak Nangka Biasa dengar bidalan cempedak berbuah nangka yang bermaksud mendapat hasil yang lebih baik dari yang dijangkakan? Atau kata-kata gurauan yang biasa kita dengar tak kusangka cempedak menjadi nangka yang membawa maksud perkara yang sama sekali diluar jangkaan. Ada juga bidalan yang berbunyi takkan cempedak berbau nangka yang membawa maksud sesuatu perkara itu perlu diselidiki terlebih dahulu sebelum diterima. Cempedak nangka adalah satu varieti hibrid hasil kacukan cempedak dengan Nangka J33 (Tekam sweet). Klon ini banyak di tanam Mantin Negeri Sembilan. Sifat luaran buah ini seperti cempedak cuma tekstur kulitnya seperti nangka. Aromanya ketika masak adalah aroma cempedak yang sangat kuat. Tekstur buahnya lembut seperti cempedak dengan rasa nangka yang sangat sedap. Jika gigit kepingan yang besar hati-hati kerana tekstur lembutnya boleh membuatkan kita tersangkut ketika cuba menelan. Minggu lepas ketika berjumpa dengan Encik Shamsuddin , seorang peserta projek diJabatan Pertanian Ayer Hitam, kami telah dihadiahkan dengan sebiji cempedak nangka yang hampir masak. Semalam buah itu cukup ranum dan kami dapat merasa keenakan buahnya yang merupakan gabungan antara cempedak dan nangka. Rasa lemak manisnya memang tidak dirasai dalam mana-mana varieti cempedak yang lain. Umpama makan cempedak bersama nangka sekaligus. Ulasnya besar dan banyak seperti nangka. Jeraminya juga sangat manis hingga terasa sayang untuk dibuang. Rasa jeraminya sama enak seperti buahnya.Tekstur buahnya mengingatkan saya kepada sejenis nangka yang saya pernah makan ketika kecil tetapi susah dijumpai kini. Nangka itu dipanggil nangka bubur oleh arwah datuk saya kerana isinya yang lembik seperti bubur dan agak susah untuk ditelan jika gigitan terlalu besar. Tidak pasti adakah ia varieti yang sama. Cempedak nangka mempunyai permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran. Harganya juga tinggi jika dibandingkan dengan cempedak lain. Sedap dijadikan gorengan dan ulasnya besar. “TAKKU SANGKA CEMPEDAK SUDAH MENJADI NANGKA”

___________

 

Belilah Dengan Yakin

Melur's Garden
store rating4.36 / 5
product rating4.19 / 5
383 reviews

 

Harga Borong

Kuantiti Pesanan (Ordered Quantity) Harga Seunit, RM (Price per Unit, RM)
1 Р50  25
 51 Р200  25
 201 Р1000  24
 1001 ke atas  23

* Harga yang dipaparkan adalah sebagai panduan dan mungkin boleh berubah. Sila hubungi kami disini untuk maklumat lanjut. Harga tidak termasuk kos pengangkutan.

Nota:

  • Hubungi¬†kami¬†sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan produk ini.
  • Anda boleh lihat¬†testimoni¬†daripada pelanggan kami.

 

PENTING!!

  • Bagi pesanan dari Sabah & Sarawak, sila buat¬†permohonan mengimpot¬†terlebih dahulu!! Penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah amat berisiko disebabkan terdapat banyak faktor diluar kawalan.¬†Pembeli bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat masalah semasa penghantaran.

 

Additional information

Weight 3 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Anak Pokok Cempedak Nangka”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − three =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.