Anak Inai

RM16.50

Anak Inai MC0118

In stock

wws Support / Pesanan WhatsApp Order Dengan WhatsApp

Penghantaran Ke Seluruh Negara**

  • Penghantaran harian
  • Kami menggunakan kurier yang terbaik
  • Kaedah pembungkusan terbukti selamat
      Pembayaran 100% Selamat 

Pokok Inai membawa pelbagai nostalgia terutamanya untuk kita yang membesar di kampung. Benih inai ini dijual di dalam polibag. Tinggi lebih kurang 1.5 kaki.

Anak Pokok inai berbunga putih. Inai digunakan sebagai pewarna kuku dan rambut. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan tradisional. Antaranya, digunakan untuk mengubati luka dalaman( air rebusan daunnya diminum) , mengurangkan kuning pada bayi ( daunnya dimasukkan dalam air mandian), mengubati kuku yang terkena cagu, mengubati luka luaran ( daunnya yang ditumbuk lumat di tampal pada bahagian luka).

Sorotan Literatur Mengenai Inai

Menurut kamus Bahasa Arab, al-Hinna’ ( ) bermaksud sejenis tumbuhan yang ma„aruf (dikenali ramai).9 Pokok inai mempunyai daun seakan-akan daun delima. Ia mengeluarkan bunga putih seperti pokok anggur dan daripada daunnya boleh mengeluarkan warna merah sebagai pewarna (khidab).10
Memfokuskan manfaat inai, ia mempunyai warna terang (merah cerah api), digemari, membangkitkan daya cinta kasih dan berbau wangi. Inai berguna untuk menyembuhkan luka-luka pada mulut atau bengkak-bengkak. Air daunnya berguna untuk memulihkan bahagian anggota yang melecur11 atau terkena kulat air pada celah-celah jari kaki atau tangan. Ia merupakan pencelup yang boleh memerah dan memperelokkan rambut serta menguatkan kuku.12
Berdasarkan penelitian, terdapat banyak hadith tentang inai memfokuskan manfaatnya sebagai pewarna rambut, menyembuhkan luka dan sakit kepala. Dalam satu hadith mengenai inai; Terjemahan: Dari Abu Dhar RA, dari Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya yang terbaik untuk mengubah (mewarnakan) uban dengannya ialah inai dan katam (sejenis dengan inai).”13 Berkenaan al-Katam, al-Fayyumi mengatakan bahawa dalam kitab al- Lisan dan kitab-kitab perubatan, al-Katam ( ) merupakan satu jenis tanaman gunung14 yang terdapat di daerah Yaman. Ia mengeluarkan warna hitam kemerahan. Disebutkan di dalam kitab „Awn al-Ma?bud, mewarnakan rambut dan janggut dengan gabungan kedua-duanya (inai dan katam) akan mengeluarkan warna di antara hitam dan merah. Inilah yang menjadi amalan Abu Bakar RA yang sering melakukan khidab dengan gabungan inai dan katam sepertimana hadith;15
Terjemahan: Dari Thabit berkata: Anas Ibn Malik telah ditanya adakah Rasullullah SAW mewarnakan rambutnya (melakukan khidab)? Dia menjawab: “Sekiranya saya mahu mengira jumlah uban yang berada di rambut Nabi SAW, sudah tentu aku boleh lakukan. Dia berkata lagi: Rasullullah SAW tidak mewarnakannya. (Manakala) Abu Bakar pernah berkhidab dengan inai dan katam dan ‘Umar dengan inai sahaja (secara berasingan).”16 Istilah “khidab” dalam hadith di atas membawa maksud mengubah (mewarnakan) rambut yang ada di atas kepala dan janggut. Merujuk definisi al- Khidab di dalam al-Qamus dan al-Fath, ia memberi maksud yang sama iaitu mengubah uban yang terdapat di kepala dan janggut.17 Dalam mengulas bab keizinan mengamalkan al-Khidab, al-Fayyumi mengatakan salah satu cara untuk khidab ialah dengan inai (hinna?) dan seumpamanya. Ibn Manzur pula menyatakan khidab ialah mengubah (mewarnakan) dengan menggunakan inai, katam (tumbuhan sejenis dengan inai) dan seumpama. Apabila melakukan khidab, warna (pada anggota badan) akan berubah kepada kemerahan, kuning atau seumpamanya. Setiap warna anggota yang berubah dipanggil makhdub. Al- Sahili menyebutkan „Abd al-Mutalib merupakan orang pertama yang berkhidab dengan warna hitam dari kalangan masyarakat Arab.18
Dalam hadith yang lain; Terjemahan: Dari „Ali Ibn „Ubaydillah, dari datuknya, Salmi yang pernah melayani Nabi SAW berkata: “Apabila Rasullullah SAW luka atau tertusuk duri, maka baginda SAW memerintahku untuk meletakkan inai di atas luka tersebut.19 Terjemahan: Telah diceritakan kepada kami Fa?id hamba „Ubaidillah Ibn „Ali Ibn Abi Rafi?, dari tuannya, „Ubaidillah Ibn „Ali Ibn Abi Rafi?, dari datuknya Salmi, khadam Rasullullah SAW katanya: “Jika ada seseorang mengeluh kepada Rasullullah SAW akan sakit kepala yang menimpanya. Maka Baginda SAW bersabda kepada orang itu, “Berbekamlah! Dan jika ada orang yang mengeluh kepada Baginda SAW tentang sakit pada kedua belah kakinya. Maka Baginda SAW bersabda kepada orang itu. Balutlah dengan inai.”20
Berdasarkan pandangan ulama?, penggunaan inai oleh Nabi SAW untuk diletakkan di atas luka adalah bermanfaat kerana inai bersifat sejuk (bertindak sebagai agen penyejuk) yang membantu melegakan sakit.21 Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka, luka terbakar dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian menumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.22 Selain itu, disebutkan juga oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya bahawa Ibn Majah meriwayatkan dalam sunan-Nya sebuah hadith: “Ketika Nabi SAW menderita sakit kepala, beliau membungkus kepalanya dengan inai dan berkata: “Ini akan menyembuhkan sakit kepala dengan izin Allah SWT”.23 Rawatan dengan inai yang disebutkan dalam hadith tadi merupakan salah satu cara rawatan sakit kepala. Sakit kepala yang disebabkan oleh hawa panas yang menyengat, maka inai boleh membantu meredakannya. Caranya adalah dengan ditumbuk halus lalu dicampur dengan cuka dan dilekatkan di dahi. Dengan cara ini, sakit kepala akan sembuh.24
Diriwayatkan bahawa seorang lelaki pernah menderita masalah kuku jarinya yang pecah-pecah. Dia pun menawarkan hadiah wang kepada sesiapa sahaja yang dapat mengubati penyakitnya. Akan tetapi, tiada yang berjaya menyembuhkannya. Seorang wanita lalu memberinya preskripsi agar meminum air rebusan inai selama 10 hari, akan tetapi lelaki tersebut tidak berani melakukannya. Setelah puas berikhtiar dan tidak berjaya, lelaki itu pun mengamalkan petua wanita tersebut. Setelah itu, jarinya mulai sembuh.25 Di samping itu, inai juga boleh menenangkan saraf jika digunakan sebagai pembalut. Inai tidak hanya berguna bagi sakit kepala sahaja bahkan praktikal untuk mengubati beberapa organ tubuh, bengkak dan radang yang muncul di permukaan kulit dengan cara dibalut dengan inai dan cuka.26 Radang selaput mukosa pada mulut kanak-kanak juga merupakan salah satu penyakit yang boleh disembuhkan dengan inai.27 Selain itu, inai boleh dijadikan krim untuk menghalus dan menguatkan jari. Inai membantu mengubati kudis kronik, menyubur dan menguatkan rambut. Inai juga boleh mengubati lepuh dan bisul pada kaki atau bahagian tubuh lain.28 Dalam Islam, harus berubat dengan inai bagi sesiapa yang mempunyai luka, bisul, terkena duri dan seumpama. Aplikasi hadith tersebut turut meliputi kaedah perubatan bagi lelaki dan perempuan. Kaum lelaki perlu berpada dalam berkhidab (mewarnakan) tapak tangan atau kaki yang sakit supaya tidak berlebihan sehingga menyerupai kaum perempuan.29
Berdasarkan perbincangan inai menurut perspektif hadith dan perubatan Islam di atas, jelas memberikan gambaran awal mengenai manfaat-manfaat inai. Namun begitu, realiti yang terjadi di Malaysia jelas kontra dengan ketinggian darjat yang dimiliki oleh inai. Inai dianggap sebagai tumbuhan yang tidak berharga disebabkan tidak bernilai komersial.

Petikan dari : PENYELIDIKAN TENTANG MAKANAN PERSPEKTIF NABAWI DAN SAINTIFIK Oleh: Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

___________

 

Belilah Dengan Yakin

Melur's Garden
product rating0.00 / 5
0 reviews

 

Anda juga boleh beli item ini di LAZADA & SHOPEE.



  


Harga Borong

Kuantiti Pesanan (Ordered Quantity) Harga Seunit, RM (Price per Unit, RM)
1 – 50  16.5
 51 – 200  15
 201 – 1000  14
 1001 ke atas  13

* Harga yang dipaparkan adalah sebagai panduan dan mungkin boleh berubah. Sila hubungi kami disini untuk maklumat lanjut. Harga tidak termasuk kos pengangkutan.

Nota:

  • Hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan produk ini.
  • Anda boleh lihat testimoni daripada pelanggan kami.

 

PENTING!!

  • Bagi pesanan dari Sabah & Sarawak, sila buat permohonan mengimpot terlebih dahulu!! Penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah amat berisiko disebabkan terdapat banyak faktor diluar kawalan. Pembeli bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat masalah semasa penghantaran.

 

Additional information

Weight 3 kg

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
Currently, we are not accepting new reviews