Benih Bonglai Kayu atau dikenali juga dengan nama pokok beka/bekoi/beko dalam polibag. Pucuk dan buah bekoi sedap dijadikan ulam (celur) dan dijadikan kerabu.
Botanical name : Oroxylum indicum syn pajanelia longifolia Common name : Pokok beka , bolai, bongloi, boli, bikir,kulai, merkulai, merlai , beka, shyonaka , wooden butterfly, mu hu die, broken bone plant, Indian trumpet flowers, midnight horror Plant in Polybag Plant height approximately 1 feet Plant delivery to Peninsular Malaysia only
Beko atau bekoi dikenali dengan nama lain seperti Pokok bolai, bongloi, boli, bikir,kulai, merkulai, merlai , beka, shyonaka , wooden butterfly, mu hu die, broken bone plant, Indian trumpet flowers, midnight horror
Di kampung-kampung buah bonglai yang muda dan daunnya dijadikan sayuran dan ulam sungguhpun rasanya agak pahit sedikit. Pucuknya boleh direbus dan dimakan bersama sambal belacan ataupun dimasak lemak putih. Buahnya yang muda pula boleh dijadikan ulam atau dijadikan kerabu setelah dibakar terlebih dahulu untuk mengurangkan rasa pahitnya. Masyarakat jawa turut menjadikan bunga bonglai sebagai sayuran.
Bekoi atau bonglai kayu ialah sejenis tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional. Daun bekoi yang direbus boleh dijadikan minuman untuk menghilangkan ubat demam, sakit urat, menambahkan selera dan ia juga boleh digunakan untuk mengubat luka. Kulit kayu bekoi yang direbus boleh digunakan untuk mengubat sakit pinggang, buang angin, buasir, menguruskan badan, lemah jantung, sakit lutut, menambah kesuburan rambut, merawat pening kepala dan jerawat. Kulitnya juga boleh dijadikan ubat sakit hepatitis. Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal di dahi dan pelipis untuk menghilangkan sakit kepala. Kulit pokok bekoi mengandungi alkaloid, asid tanik, galaktos dan sitosterol. Bekoi digunakan dengan begitu meluas sekali dalam perubatan ayurveda terutamanya untuk mengatasi masalah cirit-birit, rheumatik dan disenteri.
___________
Belilah Dengan Yakin
Anda juga boleh beli item ini di LAZADA & SHOPEE.
Harga Borong
Kuantiti Pesanan (Ordered Quantity) | Harga Seunit, RM (Price per Unit, RM) |
1 – 50 | 16.5 |
51 – 200 | 15 |
201 – 1000 | 14 |
1001 ke atas | 13 |
* Harga yang dipaparkan adalah sebagai panduan dan mungkin boleh berubah. Sila hubungi kami disini untuk maklumat lanjut. Harga tidak termasuk kos pengangkutan.
Nota:
- Hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan produk ini.
- Anda boleh lihat testimoni daripada pelanggan kami.
PENTING!!
- Bagi pesanan dari Sabah & Sarawak, sila buat permohonan mengimpot terlebih dahulu!! Penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah amat berisiko disebabkan terdapat banyak faktor diluar kawalan. Pembeli bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat masalah semasa penghantaran.
Reviews
There are no reviews yet