greek oregano

Showing all 2 results

Origanum vulgare plant/ Anak pokok Greek Oregano

RM15.00

Botanical name: Origanum vulgare var hirtum
Common name : oregano, wild marjoram, pizza plant
Plant in plastic pot or polybag 8X8 inch
Plant delivery to Peninsular Malaysia ONLY

Greek oregano merupakan sejenis tumbuhan berbunga dari keluarga pudina (mint). ia berasal dari kawasan Eurasia dan mediteranean. Boleh beradaptasi dengan baik pada iklim tropika. Oregano dan sweet marjoram ( Origanum marjorana) mempunyai bentuk dan bau yang hampir sama hingga kadang-kadang oregano dikenali dengan nama marjoram liar ( wild marjoram). Oregano merupakan sejenis tumbuhan bukan tahunan ( tumbuhan saka herba). Ia boleh kekal tumbuh dalam satu masa yang amat lama. Nama oregano itu sendiri jika diterjemahkan dari segi bahasa , dalam bahasa greek klasik bermaksud sinaran dari gunung ( Brighness of the mountain). Bunganya berwarna ungu muda ( sangat jarang berbunga dalam iklim tropika). ia hidup subur pada tanah yang beralkali ( pH 6 hingga 9)

Oregano telah digunakan dalam masakan dan perubatan semenjak pertengahn kurun ke 18. Ia lebih popular sebagai rempah masakan dan banyak digunakan dalam masakan Itali , inggeris dan Eropah. Daun oregano lebih beraroma dalam bentuk kering berbanding dengan daun segarnya jadi ia lebih banyak digunakan dalam bentuk kering. Oregano yang berkualiti tinggi boleh meninggalkan kesan kebas pada lidah . Tetapi tahap ‘kepedasan mungkin berbeza bergantung kepada cuaca tempat ia ditanam. Ia merupakan rempah yang amat penting dalam masakan itali dan kadang-kadang dipanggi dengan nama daun pizza ( pizza herbs).Minyak oregano digunakan dalam perubatan sejak berabad lamanya. Minyak pati oregano diekstrak dari daunnya. Ia digunakan dalam pembuatan tablet diet. Walaubagaimanapun masih tiada bukti klinikal yang mengatakan minyak pati oregano mempunyai kesan terhadap kesihatan manusia.

Terdapat beberapa jenis tumbuhan lain yang juga dipanggil seabagai oregano seperti cuban oregano , bangun-bangun , mexicant mint dan beberapa jenis tumbuhan lagi. Jangan keliru kerana bentuk fizikal dan bau daunnya sangat jauh berbeza dan mempunyai kegunaan masakan dan perubatan yang berbeza juga.

Agen-agen kami sedia membantu!
WeCreativez WhatsApp Support
General Inquiry
Support
Available
WeCreativez WhatsApp Support
Agen Order Whatsapp
Zarina
Available
WeCreativez WhatsApp Support
Agen Order Whatsapp
Nor
Available