Posted on Leave a comment

Pokok Teh Kampung

Nama Tempatan: Teh Kampung
Nama Saintifik: Acalypha siamensis
Nama Lain: Teh pagar, tumput, teh hutan, teh-tehan (indonesia), teh siam
Famili: Euphorbiaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan di Nurseri Melur.com
Asal:: Asia Tenggara – Myanmar, Thailand, Laos, Vietnam, Malaysia, Indonesia.

Keterangan

Sejenis tumbuhan renek yang biasa dijumpai sebagai tumbuhan pagaran rumah kampung. Ia merupakan jenis tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 2.5 meter jika dibiarkan tanpa dipangkas. Daunnya kecil berbentuk seperti berlian dengan bahagian tepi yang bergerigis halus. Tumbuhan ini dibiakkan melalui keratan batang dan biji benih.

Kegunaan

Daunnya dikeringkan dan digunakan sebagai teh (minuman) di Malaysia dan Thailand.  Daunnya digunakan untuk merawat  demam, masaalah penghadaman dan penyakit buah pinggang. Banyak ditanam sebagai tumbuhan pagaran kerana sturuktur pokoknya yang mempunyai cabang yang banyak.  Sesuai untuk dipangkas untuk menjadi pelbagai bentuk (

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.