Posted on Leave a comment

Pokok Kembang Songsang

kembangsonsang

Kembang songsang menjadi pilihan untuk ditanam sebagai hiasan kerana bentuk bunga yang unik menawan serta warnanya yang garang menyerlah. Ia merupakan sejenis tumbuhan menjalar. Boleh di tanam di dalam pasu atau di tanam terus ke tanah. Struktur menjalarnya menyebabkan ia amat sesuai untuk dijadikan hiasan pada pagar atau pintu gerbang. Bunganya yang cantik juga sesuai untuk dijadikan bunga potong untuk jambangan bunga segar. Jika bunga yang kelopaknya masih belum membengkok ke belakang dipotong , ia boleh bertahan segar selama 8 hari dalam jambangan bunga.

Bunganya mempunyai 6 kelopak yang panjang (lebih kurang 4 cm) dengan bahagian tepi kelopak bunganya berombak-rombak.Ia berbuah , panjang buahnya lebih kurang 6 cm.

Dalam kitab perubatan ayurveda, tumbuhan ini dikenali dengan nama kalihari dan Agnishikha. Ia merupakan herba yang banyak digunakan selama beratus tahun untuk rawatan sakit otot dan sakit sendi. Ia disebut dalam kitab avurveda, Charaka Samhita. Ia juga digunakan untuk rawatan penyakit telinga dan penyakit kulit. Disebutkan ia juga merupakan herba yang digunakan untuk rawatan buasir. Ia juga digunakan untuk mempercepatkan proses kelahiran.

 

Di India akarnya digunakan untuk rawatan bisa ular( di campur dengan herba-herba lain). Pokok ini mengandungi ubi. Ubinya tidak boleh di makan dan boleh menyebabkan keracunan jika dimakan dalam jumlah yang banyak. Ubinya juga boleh menyebabkan keguguran. Ole itu di dalam perubatan ayur veda ia juga dikenali dengan nama Garbhaghatini (pemusnah garbha/kandungan).

Colchicine adalah alkaloid yang diekstrak dari bijinya. Colchicine digunakan dalam perubatan moden Di Afrika dan Asia tumbuhan ini digunakan untuk merawat mati pucuk

Bunga kebangsaan Tamil Nadu,Rhodesia dan zimbabwe

 

 

Rujukan:

  1. https://www.bimbima.com/ayurveda/langali-gloriosa-superba-information-uses-and-warning/51/
  2. https://wannura.wordpress.com/2010/03/10/kembang-songsang-gloriosa-superba-merawat-mati-pucuk/
  3. http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/plant/gloriosa.html
Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.