Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Pertimbang bina rumah mesra rakyat untuk mangsa banjir

Sinar Harian | 2022-12-28 14:10:00 | www.sinarharian.com.my

Ahmad Maslan (tiga dari kiri) sebelum itu meninjau Pangkalan Bekalan Petroleum Tok Bali di Pasir Puteh pada Rabu.

Ahmad Maslan (tiga dari kiri) sebelum itu meninjau Pangkalan Bekalan Petroleum Tok Bali di Pasir Puteh pada Rabu.

JERTIH – Kementerian Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mempertimbangkan untuk memberi kelulusan pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada mangsa banjir di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mangsa banjir yang rumah mereka mengalami kerosakan sepenuhnya akibat bencana alam itu boleh memohon rumah di bawah SPNB.

“Petang esok (Khamis) saya akan dapatkan data terperinci dengan SPNB tentang keperluan bantuan untuk rumah mangsa banjir yang musnah sama sekali yang boleh mereka (SPNB) bantu.

“Contohnya seperti tahun-tahun sebelum ini mangsa banjir yang rumah mereka rosak sepenuhnya akibat banjir di Kampung La memohon Rumah Mesra Rakyat atas usaha pemimpin setempat,” katanya kepada pemberita selepas program Lawatan dan Penyampaian Bantuan kepada 200 mangsa banjir di Sekolah Kebangaan (SK) Kampung La di Hulu Besut, dekat sini pada Rabu.

Tambahnya, pembinaan RMR di atas tanah sendiri tersebut merupakan satu kaedah untuk membantu mangsa banjir di negara ini, namun ada bayaran bulanan dikenakan.

“Ia tidak percuma tetapi kaedah bayaran yang dikenakan tidak terlalu tinggi dan mampu milik selain ada jumlah subsidi yang tinggi dan rumah dibina oleh kontraktor tempatan.

“Permohonan ini hanya pilihan dan kerana kami juga turut mengalu-alukan bantuan rumah daripada pihak lain seperti baitulmal dan sebagainya,” katanya yang turut melawat tapak rumah mangsa yang musnah dihanyutkan banjir di kampung tersebut.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid ketika dihubungi Bernama pada Selasa berkata, berdasarkan maklumat, 11 rumah di Kampung La musnah 100 peratus selepas dihanyutkan air banjir yang deras manakala sebuah lagi mengalami kerosakan teruk dan terpaksa dibaiki sebelum boleh diduduki. – Bernama

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!