Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Permaisuri Johor ziarah kubur kanak-kanak maut didera

Sinar Harian | 2022-12-29 17:35:00 | www.sinarharian.com.my

SEGAMAT – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada Khamis berkenan berangkat menziarahi kubur kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia dipercayai didera lima individu di Senggarang, Batu Pahat, baru-baru ini.

Baginda tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Gatom di sini kira-kira jam 3 petang, diiringi isteri Pemangku Raja Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Turut hadir Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim. Timbalan Mufti Negeri Johor, Datuk Ahmad Faisal Mohamed mengetuai bacaan surah Yasin dan tahlil ringkas.

Raja Zarith Sofiah dan Che’ Puan Besar Khaleeda turut berkenan menyiram air mawar dan menabur bunga di kubur kanak-kanak tersebut. Raja Zarith Sofiah dan Che’ Puan Khaleeda menghabiskan masa kira-kira sejam di tanah perkuburan itu, selain memberikan kata-kata semangat kepada waris kanak-kanak malang terbabit, sebelum berangkat pulang kira-kira jam 4 petang.

Selasa lepas, Kamarul Zaman dilaporkan berkata kanak-kanak berusia empat tahun itu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail di sini sejak 23 Disember setelah dilaporkan pengsan di rumah rakan kakak kandungnya di Senggarang sebelum meninggal dunia, Isnin lepas.

Mangsa dijaga oleh kakaknya selepas ibu bapa mereka dihukum penjara kerana kesalahan dadah sebelum diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga.

Sehingga kini, lima individu berusia lingkungan 15 hingga 37 tahun sedang direman bagi membantu siasatan termasuk kakak mangsa yang berusia 19 tahun dan suaminya, 37. – Bernama

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!