CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Penduduk gempar buaya naik atas jalan

NORAWAZNI YUSOF | 2022-12-13 11:23:00 | www.sinarharian.com.my

Rafiq memuat naik video buaya di atas jalan raya berdurasi 29 saat di dalam akaun Facebook miliknya pada malam Isnin.

Rafiq memuat naik video buaya di atas jalan raya berdurasi 29 saat di dalam akaun Facebook miliknya pada malam Isnin.

KUANTAN – Kehadiran seekor buaya besar naik di atas jalan di Kampung Seri Damai pada malam Isnin menggemparkan penduduk setempat.

Kejadian itu sempat dirakamkan penduduk kampung yang menyedari reptilia berkenaan berada di atas jalan sebelum tular di laman sosial.

Video yang berdurasi 29 saat itu telah dimuat naik pemilik akuan Facebook Rafiq Khan mendapat tonton hampir 3,000 dan lebih 16 kali dikongsikan.

Rafiq nama sebenarnya Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis berkata, video buaya itu diperoleh daripada salah seorang penduduk di kampung terbabit.

Menurutnya, penduduk terbabit telah melalui Jalan Air Hitam di kampung tersebut pada kira-kira 9 malam Isnin telah terserempak dengan seekor buaya yang datang dari Sungai Belat.

“Kita sudah sedia maklum, di situ memang kawasan habitat buaya dan setiap kali hujan, bila air naik melimpah atas jalan, memang buaya sering berlegar di kawasan terbabit.

“Kebetulan ini kali pertama penduduk dapat rakam dan tularkannya di dalam laman sosialnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya menghindari laluan tersebut.

“Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka tidak bermain air di kawasan itu. Kita khuatir perkara tidak diingini berlaku,” jelas beliau.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

// width=
Pembelian borong, Herba Kering, Pertanyaan Am (Request for quote, Dried Herbs, General Inquiry)