Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Pencemaran bau di muka sauk Jenderam Hilir

MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | 2022-12-31 21:36:00 | www.sinarharian.com.my

Seorang kakitangan LUAS mengesan bau dari sampel air di lokasi pemantauan statik 1.5 km daripada muka sauk Jenderam Hilir pada Sabtu.

Seorang kakitangan LUAS mengesan bau dari sampel air di lokasi pemantauan statik 1.5 km daripada muka sauk Jenderam Hilir pada Sabtu.

SHAH ALAM – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan berlaku pencemaran bau di lokasi pemantauan statik 1.5 kilometer (km) daripada muka sauk Jenderam Hilir pada jam 6.30 petang Sabtu.

Kejadian Pencemaran bau di muka sauk itu sekali lagi berlaku dalam tempoh seminggu selepas masalah sama menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Sungai Tampoi terpaksa dihenti tugas pada 24 Disember lalu.

LUAS dalam kenyataannya memaklumkan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah dimaklumkan untuk sebarang kemungkinan dan persediaan LRA.

“Pemantauan rapi sedang dilakukan oleh LUAS dengan kekerapan pensampelan bau setiap 15 minit,” kata kenyataan itu.

Menurut LUAS, bacaan terkini sehingga jam 8.45 malam Sabtu mencatatkan satu ton.

Sehubungan itu, kenyataan itu memaklumkan, LUAS meningkatkan jumlah activated carbon (AC) yang diletakkan di lokasi dan telah memulakan pemantauan rapi di Sungai Limau Manis yang mengalir masuk ke Sungai Semenyih.

“Penemuan ini sejurus situasi hujan lebat petang tadi yang mana aliran sisa yang tersangkut dan terserap di persekitaran kawasan tumpahan tempoh hari serta jajaran sungai di luar kawasan negeri Selangor terlarut bersama air hujan yang seterusnya mengalir masuk ke Sungai Semenyih di Selangor.

“Dengan keadaan semasa cuaca dan aliran deras sungai, aliran tercemar dijangkakan ‘flush’ dan ‘dilute’ di dalam tempoh tiga hingga ke empat jam,” jelas kenyataan itu.

Ujar kenyataan itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dan PLUS telah dimaklumkan untuk tindakan kawalan segera di lokasi.

Menurut kenyataan itu, PLUS juga telah dipohon untuk menyedut segera sisa baki aliran tersebut di lokasi kemalangan.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Pada 24 Disember lalu, LRA Sungai Semenyih dihenti tugas pada jam 2 pagi dan LRA Bukit Tampoi pada jam 6 pagi berikutan pencemaran bau dalam aliran sungai terbabit.

Siasatan LUAS mendapati, insiden berpunca daripada tumpahan cecair daripada lori yang membawa muatan pati minyak wangi terbabit kemalangan di Kilometer 44.1 arah utara, Lebuhraya Elite berdekatan Bandar Serenia iaitu sekitar enam kilometer dari sempadan Selangor.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!