Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Pembelian panik punca gangguan bekalan telur di Pahang

NIK AMIRULMUMIN NIK MIN | 2022-12-23 17:21:00 | www.sinarharian.com.my

Mark (kanan) bersama Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDN Pahang, Muhamad Radzi Johari meninjau barangan yang diwartakan sempena SHMMP Krismas di sebuah pasar raya pada Jumaat.

Mark (kanan) bersama Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDN Pahang, Muhamad Radzi Johari meninjau barangan yang diwartakan sempena SHMMP Krismas di sebuah pasar raya pada Jumaat.

KUANTAN – Permintaan tinggi dan pembelian panik melebihi kadar biasa antara punca berlaku gangguan bekalan telur dalam pasaran di negeri ini.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, secara keseluruhannya bekalan telur di negeri ini mencukupi memandangkan bekalan daripada pembekal sampai mengikut jadual ditetapkan.

Menurutnya, masalah yang timbul adalah berlaku pembelian melebihi kemampuan pasar raya atau kedai untuk membekalkannya menyebabkan bekalan habis dan mengambil sedikit masa untuk stok baharu.

“Tidak dinafikan berlaku gangguan bekalan telur, namun bukan ke tahap terputus bekalan sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar sempena Pelancaran Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2022 Peringkat Negeri Pahang di sini pada Jumaat.

Mark berkata, setakat ini tiada had pembelian telur ditetapkan sebaliknya langkah itu bergantung kepada pihak pasar raya atau kedai.

Sementara itu katanya, sebanyak enam barangan diwartakan pada SHMMP 2022 di Pahang sebagaimana yang dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung.

Menurutnya, barangan terlibat ialah tomato, lobak merah, lada benggala hijau, ubi kentang import (China), kubis bulat import (China dan Indonesia) dan daging kambing biri-biri import bertulang.

Mark berkata, sepanjang pelaksanaan SHMMP bagi perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali tahun ini, sembilan kes direkodkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dengan jumlah kompaun RM2,300.

“Sepanjang tahun ini juga, penguat kuasa KPDN Pahang telah melakukan pemeriksaan ke atas 62,545 premis perniagaan di negeri ini dengan 705 kes dihasilkan melibatkan nilai rampasan lebih RM870,000 dan kompaun RM403,600,” katanya.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!