Sinar Harian | 2022-12-11 13:27:00 | www.sinarharian.com.my
Pembangkang di Bangladesh mengadakan perhimpunan di Dhaka, menuntut kerajaan meletak jawatan dan pilihan raya baharu diadakan. – Foto AFP
BNP merupakan parti pimpinan bekas Perdana Menteri Khaleda Zia.
“Tuntutan utama kami agar (Perdana Menteri) Sheikh Hasina meletakkan jawatan, parlimen dibubarkan dan membenarkan kerajaan sementara yang berkecuali campur tangan untuk mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil,” kata Swapan, lapor Sputnik, memetik Agensi Berita Dhaka Tribune.
Kira-kira 200,000 orang menyertai perhimpunan yang diadakan pada Sabtu itu, kata jurucakap BNP.
Media yang memetik polis melaporkan tempat perhimpunan secara aman itu tidak mampu menampung lebih 30,000 orang. Namun, polis bersiap sedia dengan pasukan khas, unit antikeganasan dan unit anjing.
Pada 6 Disember, beberapa kedutaan Barat di Bangladesh mengeluarkan kenyataan bersama menyeru negara itu membenarkan kebebasan bersuara, perhimpunan aman dan pilihan raya yang adil.
Selain itu, pada 9 Disember lalu Rumah Putih turut menggesa kerajaan Bangladesh menyiasat laporan mengenai keganasan terhadap wartawan dan aktivis hak asasi manusia. – Bernama