Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

MyTOWNKL rai kanak-kanak rumah kebajikan

NORAFIZA JAAFAR | 2022-12-31 11:41:00 | www.sinarharian.com.my

Anak-anak dari Pusat Jagaan Kebajikan Kanak-Kanak Budimas dibawa bermain di VR Live.

Anak-anak dari Pusat Jagaan Kebajikan Kanak-Kanak Budimas dibawa bermain di VR Live.

KUALA LUMPUR – Pusat beli-belah MyTOWNKL menyantuni 44 kanak-kanak Pusat Jagaan Kebajikan Kanak-Kanak Budimas sempena sambutan Krismas lalu.

MyTOWNKL dalam satu kenyataan berkata, kanak-kanak kurang bernasib baik itu dibawa bersantai dan bergembira di pusat-belah berkenaan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) MyTOWNKL dengan kerjasama daripada Yayasan Kebajikan Budimas.

Menurut kenyataan tersebut, selain membeli-belah kelengkapan Krismas, mereka turut dihiburkan dengan aktiviti permainan disediakan.

“Bersama pihak pengurusan MyTOWNKL, mereka dibawa bermain di outdoor fun fair Sonic Park, mencuba permainan terbaru VR di VAR Live serta aktiviti di The Parenthood.

“Mereka kemudian makan tengah hari di Chicago Chicken City sebelum membeli-belah di Max Fashion & Common Sense,” katanya menerusi kenyataan.

Kata kenyataan itu, saban tahun MyTOWNKL sentiasa menambah baik dan memperluas perkhidmatan serta hubungan baik bersama komuniti.

“Tujuan CSR ini bagi meraikan golongan kurang bernasib semasa musim perayaan.

“Segala aktiviti MyTOWNKL boleh diikuti menerusi kemas kini terkini di platform media rasmi Instagram, Facebook, YouTube dan TikTok,” ujar kenyataan itu.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!