MyBMF – Terma & Syarat

APPLIKASI DIREKTORI PERNIAGAAN BUY MUSLIM FIRST

TERMA & SYARAT

1. Tidak dibenarkan menjual barang atau servis yang menyalahi undang-undang atau pun menyalahi syariat agama.

2. Keutamaan kepada usahawan-usahawan muslim sahaja untuk menjual tetapi tiada halangan kepada pembeli yang bukan beragama Islam.

3. Kami berhak memadam mana-mana penyenaraian atau keahlian yang tidak menepati syarat-syarat diatas tanpa notis.

4. Berurusniagalah sepertimana yang dianjurkan oleh Islam.

TERMA PENAFIAN

1. Urusan jual/beli atas talian atau di luar talian mempunyai risikonya sendiri.

2. Kami telah berusaha memastikan ketepatan maklumat yang diberikan oleh penjual/pembeli setakat yang kami boleh. Walaubagaimanapun, maklumat itu bukan satu jaminan dan penjual/pembeli bertanggungjawab sepenuhnya memastikan ketepatan maklumat tersebut sebelum meneruskan urusniaga.

2. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan disebabkan masalah ketepatan, kandungan, kesempurnaan, kesahihan dan kebolehpercayaan maklumat pada aplikasi ini.

POLISI PRIVASI

1. Maklumat Yang Dikumpul
Kami boleh mengumpul maklumat peribadi, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel. Dengan memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, anda adalah dianggap telah memberikan kebenaran kepada pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan di dalam Polisi Privasi ini.

2. Penggunaan Maklumat
Kami boleh mengumpul dan menggunakan maklumat yang telah diberikan oleh anda untuk tujuan melaksanakan fungsi kami.

3. Pendedahan Maklumat Peribadi Anda
Kecuali seperti yang dilarang oleh undang-undang, kami boleh mendedahkan maklumat anda kepada pihak berkaitan untuk tujuan melaksanakan fungsi kami.

5. Pendedahan Data Peribadi
Kami tidak akan menjual, memindahkan atau mendedahkan Data Peribadi kepada pihak-pihak ketiga.

6. Integriti Data Peribadi Anda
Anda bertanggungjawab memastikan bahawa Data Peribadi yang anda bekalkan kepada kami adalah tepat, mencukupi dan tidak mengelirukan, dan Data Peribadi tersebut adalah terkini.

7. Perubahan kepada Polisi ini
Polisi Privasi dan Perlindungan Data Peribadi ini berkuatkuasa pada Oktober 2019. Dari masa kesemasa, mungkin terdapat keperluan bagi kami untuk meminda polisi ini. Sekiranya kami meminda polisi kami, kami akan mempamerkan versi pindaan tersebut di sini, oleh yang demikian kami mencadangkan anda membuat rujukan di sini dari masa kesemasa bagi mendapatkan polisi privasi kami yang terkini.

8. Persetujuan
Kami percaya bahawa anda akan memberi persetujuan pemprosesan Data Peribadi anda. Dengan memberikan kami Data Peribadi anda, anda mengaku bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima pernyataan-pernyataan dan terma-terma di sini.