Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Mohamad Faisal enggan dianggap wira Harimau Malaya di Yangon

| 2022-12-22 12:22:39 | www.bernama.com

Daripada Ahmad Nazrin Syahmi Mohamad Arif

YANGON, 22 Dis (Bernama) — Pemain sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim tidak mahu dilabel sebagai wira selepas Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di sini, malam tadi.

Biarpun mencetak nama sebagai penjaring gol kemenangan pada pertembungan di Stadium Thuwunna itu, Mohamad Faisal menganggap bukan beliau sahaja yang berusaha keras bagi menghadiahkan tiga mata berharga kepada skuad Harimau Malaya.

Menurutnya kejayaan menundukkan skuad Singa Asia di gelanggang keramat pasukan lawan itu berjaya dicapai kerana semangat juang tinggi dan sikap tidak berputus asa yang dipamerkan para pemain sepanjang 90 minit perlawanan.

“Bukan saya bawa (punca) pasukan dapat tiga mata, kami (pemain) semua yang berusaha sendiri dan akhirnya saya dapat peluang (jaringkan gol). Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana berjuang sampai ke minit akhir

“Walaupun perlawanan ini kami anggap begitu mudah sebenarnya, tetapi sebaliknya berlaku. Kedua-dua pasukan bermain dengan tempo sangat tinggi tetapi ini lah bola sepak, siapa dapat jaringkan gol dia menang,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini.

Pada masa sama, Mohamad Faisal mengakui beliau dan rakan sepasukan bergelut mencari rentak permainan sepanjang 45 minit pertama berdepan pasukan tuan rumah bimbingan Antoine Hey itu.

“Kami akui tak dapat bermain dalam separuh masa pertama, babak kedua jurulatih tukar sedikit (taktikal) untuk beri lebih tekanan kepada pihak lawan,” kata pemain berusia 24 tahun itu yang enggan menjadikan faktor permukaan padang sebagai alasan Malaysia gagal menyumbat lebih banyak gol.

Jaringan Mohamad Faisal pada babak kedua perlawanan berpunca daripada lorongan ketua pasukan, Muhammad Safawi Rasid, sebelum beliau tenang melepaskan rembatan kaki kanan menewaskan penjaga gol, Kyaw Zin Phyo pada minit ke-52.

Bagaimanapun, Myanmar berpeluang menyamakan kedudukan untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata, namun sepakan penalti yang diambil penyerang gantian Myat Kaung Khant pada penghujung aksi berjaya ditepis penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Pasukan negara akan meneruskan aksi menentang Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini diikuti Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan menerima kunjungan Singapura (3 Jan) di Bukit Jalil dalam usaha memburu dua slot teratas Kumpulan B untuk layak ke separuh akhir.

Sebagai rekod, Malaysia pernah muncul juara Piala AFF sekali pada 2010 sementara tiga kali bergelar naib juara iaitu pada edisi sulung 1996, 2014 dan 2018.

— BERNAMA



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!