Grafted Mangifera Odorata Sapling | Anak Pokok Kuini  Kahwin
Mangga

Grafted Mangifera Odorata Sapling | Anak Pokok Kuini Kahwin

SKU: MCA0856

RM25.00
Weight 2.00 kg
Availability Kehabisan Stok

Description

Kuini merupakan sejenis? pokok buah-buahan tropikal yang biasa ditanam dihalaman rumah di kampung-kampung. Bau kuini sangat wangi? dan berbau manis; Buahnya sangat manis , isinya tebal dan berjus. Bunganya juga berbau sangat wangi. Kulit buah kuini ketika muda? berwarna hijau dan kulitnya agak tebal. Isi bahagian dalamnya berwarna kuning terang dan berbau wangi. Buahnya perlu dibalut? ketika masih muda untuk mengelakkan serangan lalat buah. Buahnya yang muda boleh dijadikan jeruk, dicampur dalam sambal belacan atau dimakan begitu saja. Buahnya yang masak sangat manis dan boleh terus dimakan sama seperti mangga lain. Selain itu aroma kuini yang menyelerakan menjadikan sambal belacan buah kuini masak digemari ramai. Buahnya mengandungi kandungan fiber yang sangat tinggi. Ia juga kaya dengan pelbagai zat makanan dan vitamin yang lain.

Anak pokok yang kami sediakan ialah anak ppkok kawin dari cantuman mata tunas. Jadi pokok dewasa dari anak pokok ini akan menjadi rendah bukan seperti anak biji. Ia juga cepat berbuah dan boleh ditanam dalam pasu besar