Anak Pokok Memali Merah
Tumbuhan Herba

Anak Pokok Memali Merah

SKU: MC0661

RM18.00
Weight 3.00 kg
Availability Kehabisan Stok

Description

Memali Merah Leea rubra Blume Nama lain bagi memali merah ialah Pucok Merah, Mali-Mali Puchuk Merah, Memali, Red Leea, Mali-Mali, Red Tree-Vine, Leea, Red Tree Shrub. Sejenis pokok renek dari keluarga vitaceae dengan batang separa berkayu. Pertumbuhannya boleh mencapai tinggi maksimum 3 meter. Daunnya digunakan untuk merawat luka dengan cara menghancurkan daunnya hingga lumat dan diletakkan ditempat luka. Daunnya juga digunakan untuk memeram buah-buahan seperti pisang supaya cepat masak. Batangnya dipantingkan di tengah-tengah empulur nangka untuk mempercepatkan nangka masak. Akar digunakan untuk merawat demam, (rebus dan minum airnya), cara yang sama digunakan untuk merawat gout, sakit sendi dan sakit perut. Buahnya dimakan untuk rawatan penyakit cirit-birit dan penyakit puru (yaws), sejenis penyakit kulit yang menyebabkan timbulnya benjolan pada kulit. Digunakan sebagai tumbuhan lanskap kerana bunganya yang cantik dan berwarna merah terang. Boleh dibiakkan dengan kaedah semaian biji dan keratan batang.