Anak Pokok Belinjau
Pokok Buah

Anak Pokok Belinjau

SKU: MCA0593

RM25.00
Weight 3.00 kg
Availability Kehabisan Stok

Description

Anak pokok Belinjau di dalam polibeg. Ketinggian sekitar1-2 kaki.

Belinjau merupakan sejenis pokok hutan yang kemudiannya ditanam kerana kepelbagaian kegunaannya. Pokok ini yang dikenali dengan nama botaninya Gnetum gnemon merupakan sejenis pokok dalam keluarga gnetaceae. Terdapat beberapa jenis belinjau dibezakan oleh saiz buahnya. Belinjau merupakan tumbuhan asal di Asia tenggara dan kepulauan Lautan pasifik selatan. Belinjau juga dikenali dengan nama-nama vernakular lain mengikut kawasan geografi seperti melinjo, malinja, melinjau, binjai dan belingar

Belinjau ditanam kerana kegunaannya. Seluruh pokok ini mempunyai kegunaan dalam kehidupan. Bahagian pucuknya, bunganya dan buahnya yang muda enak dijadikan ulaman dan sayuran. Buahnya yang muda dimasukkan kedalam kari daging dan di sayur lemak bersama udang. pucuknya juga boleh dimasak sebagai sayur lemak dan dimakan mentah sebagai ulam. Bijinya diparut atau dileperkan dan dijadikan keropok yang mempunyai rasa unik yang digemari ramai. Kayunya pula boleh dijadikan perabut dan perkakasa rumah.

Bahagian belinjau yang mempunya khasiat perubatan ialah daun dan buahnya. Antara khasiat perubatan belinjau ialah
1. ia mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk meningkatkan kekebalan tubuh dari serangan radikal bebas
2. Untuk awet muda terutamanya bagi wanits
3. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
4. Menguatkan daya ingatan.
5. Bahan pengawet makanan secara semulajadi
6. Meningkatkan stamina badan
7. Melawaskan kencing
8. Mencegah anemia
9. Mengubati luka
10. Mencegah penyakit jantung.

Rujukan:
1.?https://www.melur.com/khasiat-keropok-belinjau/