Cucurbitae

Timun Betik

Cucumis sativus

Nama Lain: Timun suri, apple cucumber

place
Habitat / Location Buah-buahan tempatan
explore
Origin Tumbuhan tempatan

Khasiat & Kegunaan

Dari segi kesihatan timun betik mampu membekalkan tubuh badan dengan vitamin yang dapat membantu mempertingkatkan ketahanan badan melawan penyakit. Ia juga dapat menyihatkan ginjal dan limpa serta menurunkan tekanan darah tinggi. Buahnya boleh dimakan begitu sahaja. dan begitu manis dan berair apabila masak. Buah timun betik yang masak ranum boleh dikenal pasti melalui kulit luarannya yang merekah. Ia juga boleh dimakan bersama santan dengan ditabur sedikit gula pasir atau gula melaka. Malah di Indonesia timun betik atau lebih dikenali di sana dengan nama timun suri merupakan juadah yang pasti ada ketika berbuka puasa di bulan ramadan sehingga ia diberi jolokan sebagai buah bulan puasa.

Tumbuhan Berkaitan / Related Plants