Salam
Herba

Beli Anak Pokok / Benih

Dapatkan benih atau anak pokok yang sihat terus dari platform jualan kami dengan jaminan kualiti terbaik.

Myrthaceae

Salam

Eugenia polyantha

Nama Lain: samak kelat, bay leaf, daun salam manting, serah, serai kayu, Daeng klua (Thai) , Saramu-rihu. sinonim: Syzygium polyanthum

place
Habitat / Location Tumbuhan liar
explore
Origin -

Khasiat & Kegunaan

Perubatan herba menggunakan daun salam untuk mengubat penyakit seperti kencing manis, cirit-birit dan darah tinggi. Bahagian yang digunakan termasuklah daun, akar, kulit batang dan buahnya. Untuk diabetis melitus caranya dan tekanan darah tinggi, 20 helai daun salam direbus bersama tiga gelas air hingga menjadi satu gelas. Air ini diminum dua kali sehari sebelum makan pagi dan malam. Untuk mengubat cirit birit, daunnya direbus dan disejukkan sebelum dicampuri dengan sedikit garam sebelum diminum. Akar dan kulit batang salam boleh digunakan untuk mengubat kudis dengan cara ditumbuk hingga halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat sebelum dibalut. Setengah pendapat juga mengatakan daun salam juga boleh digunakan untuk menurunkan kolestrol dengan cara merebus daunnya dan diminum airnya 3 kali sehari.

Tumbuhan Berkaitan / Related Plants