No Family
Mexican Hat
Ratibida columnaris
Nama Lain: Ratibida
place
Habitat / Location
Tumbuhan di Melur garden
explore
Origin
Texas
Keterangan
Tumbuhan yang berasal dari texas ini merupakan sejenis tumbuhan yang tahan lasak. Bunganya terdapat dalam dua warna iaitu merah coklat (bronze) dan kuning. Di habitat asalnya ia biasanya dijumpai tumbuh liar di kawasan tepi jalan atau kawasan tanah yang tidak berapa subur. Ia menyukai cahaya matahari yang terik dan merupakan sejenis tumbuhan yang tahan berada dalam keadaan kering. Bijinya berbentuk kon, yang sebenarnya terbentuk dari kelompok biji benih yang kecil. Bunganya tersusun di sekeliling kon tersebut. Ia begitu mudah dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Jika ditanam di kawasan yang luas ia akan merebak dan memenuhi kawasan tersebut. Bunga cantik akan mekar sepanjang tahun jika mendapat cahaya matahari yang secukupnya.
Khasiat & Kegunaan
Tumbuhan hiasan yang menarik di laman. Boleh juga ditanam di dalam pasu.